SHAHIDAN SAILANG
ZAHID
AMIN
ERTINYA
SAILANG ANWAR
AMIN
ERTINYA
BERITA BAIK
GEROMBOLAN
PECAH RABAK
AMIN
ERTINYA
GEROMBOLAN
BUNUH
SAMA SENDIRI
KHALAS
Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim menggesa parti itu untuk mengambil tindakan ke atas Ahmad Zahid Hamidi, mengatakan presiden presiden Umno itu bukan sahaja melanggar keputusan kekal bersama kerajaan sehinggan pilihan raya umum depan, bahkan turut berbohong kepada Yang di-Pertuan ketika mengadap bulan lalu.
Beliau memetik pendedahan terbaru veteran Umno Nazri Aziz yang mengatakan ahli Parlimen Umno diarahkan Zahid untuk menandatangani akuan sumpah untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“… mereka tandatangan SD untuk suruh sokong Anwar di depan Anwar, presiden, orang kenamaan dan ada beberapa kali Najib hadir sama,” kata Shahidan, merujuk bekas presiden Umno dan orang kenamaan yang tidak dinamakan.
Beliau turut mempersoalkan Majlis Tertinggi Umno, menuduhnya bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan ke atas ahli-ahli yang melanggar keputusan parti.
“Atas dasar nak menjaga keharmonian atau takut, ingin saya pesan sekali lagi bahawa majlis tertinggi yang pegang jawatan memegang amanah. Jangan mendiamkan diri pada perkara yang tidak benar,” kata bekas pengerusi Umno Perlis yang dipecat daripada jawatannya pada April lalu dalam satu kenyataan hari ini.
Hal ini timbul ketika Zahid meningkatkan kempennya supaya anggota Kabinet Umno meletakkan jawatan di samping menetapkan tarikh akhir 1 Ogos bagi parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Zahid turut dilaporkan aktif mengarahkan menteri-menteri daripada partinya untuk meletakkan jawatan sebelum 7 Julai, tarikh di mana Kabinet akan bermesyuarat mengenai sidang khas Dewan Rakyat sebelum akhir bulan ini.
Semalam, MalaysiaNow melaporkan Zahid turut berbohong ketika beliau mendakwa semua anggota Kabinet dan pimpinan GLC dari Umno berikrar untuk meletakkan jawatan mereka pada 1 Ogos, sama ada perintah darurat dilanjutkan ataupun tidak.
Bagaimanapun menteri-menteri Umno dan timbalan yang dihubungi mengatakan tidak wujud sebarang ikrar demikian sama ada “secara bertulis mahupun lisan”.
Shahidan merupakan antara sebahagian ahli Parlimen utama Umno yang secara terbuka menentang rancangan Zahid, ketika rundingan rahsia antara presidennya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim didedahkan.
Sepanjang perhimpunan agung parti itu, Zahid bersama Najib menjadi pemimpin utama yang mempromosi usaha Umno keluar dariada kerajaan dengan harapan untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ia kemudian disusuli dengan pendedahan perbualan telefon antara Zahid dan Anwar, di mana pemimpin pembangkang itu didengar mengucapkan tahniah kepada Zahid dalam usahanya supaya Umno menarik kembali sokongan terhadap Muhyiddin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini mengambil keputusan supaya parti itu kekal bersama gabungan PN sehingga Parlimen dibubarkan.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga turut berikrar pilihan raya akan diadakan selepas darurat Covid-19, bergantung situasi wabak yang dilihat tidak menunjukkan tanda untuk pulih dalam masa terdekat ekoran peningkatan kes jangkitan.
https://www.astroawani.com/berita-politik/35-ahli-parlimen-umno-kekal-dengan-keputusan-bersama-pn-sehingga-parlimen-bubar-sumber-306391
BalasPadamWaduhhh! Kenapa sokong PN. Kenapa tanak sokong gabong dengan pkr dan dap dip dup. Sebab kalau jadik rancangan wak komedi..maka cepatla nama umno akan lupus dimukabumi ini.kahkahkahkah.
Kekalkan presiden umngok woiii.kahkahkah
Ramai dalam umno suda bijak.cekap. tak nak bergantung hayat pada tim banduan yg bakal ke jel. Pada aku ikut cakap tim banduan lebey baik aku kasi tanam dulu diaorang! Boley ambil alih partiii.hahahaha
BalasPadam