KES BERAT
MAKIN BERAT
KAH KAH KAH
KES GELAP
MAKIN GELAP
KAH KAH KAH
SAPA PUTAR SIAPA
KHALAS
BN nafi keluar kenyataan ahli Parlimen sokong Muhyiddin
SEKRETARIAT Barisan Nasional (BN) tidak mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan sokongan ahli Parlimen BN terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Zambry Abd Kadir.
Setiausaha agung BN berkata pejabatnya hanya bertanggungjawab terhadap kenyataan rasmi yang diputuskan dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi dan pemimpin gabungan itu.
Beliau berkata tidak dapat mengesahkan kesahihan kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh ahli Parlimen BN semalam mengenai sokongan berterusan mereka terhadap Muhyiddin.
“Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini memandangkan kesahihan surat tersebut tidak dapat disahkan dan tiada pihak yang tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan.
“Justeru sebarang langkah dan tindakan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan di kalangan BN amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan yang tidak ditandatangani kononnya daripada ahli Parlimen BN mengenai sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Ia susulan keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Rabu malam yang ahli Parlimennya tidak terikat dengan keputusan parti.
Dokumen tanpa tandatangan dan kepala surat itu mengatakan semua ahli Parlimen BN ingin memastikan Rancangan Pemulihan Negara direalisasikan untuk mengekang wabak Covid-19.
Terdapat 42 ahli Parlimen BN pada masa ini dengan 38 daripada Umno dan empat yang lain daripada parti komponen BN - MCA (2), MIC dan PBRS masing-masing mempunyai satu kerusi.
Pada Rabu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata menarik sokongannya terhadap Muhyiddin serta-merta.
Zahid yang juga pengerusi BN berkata seorang perdana menteri sementara baharu perlu dilantik sehingga negara berjaya menangani wabak Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi.
Susulan kenyataan yang dikeluarkan itu, Najib Razak juga mempersoalkan kesahihannya, dengan bertanya siapa ahli Parlimen BN yang dinyatakan dalam kenyataan itu.
Najib berkata beliau juga ahli Parlimen BN dan bukan sebahagian daripada kumpulan itu seperti yang dinyatakan dalam kenyataan yang menyokong Muhyiddin.
“Eh.. saya pun ahli Parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam?” tulisnya di Facebook.
“Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini?” kata ahli Parlimen Pekan itu. – 9 Julai, 2021.
lagu anak kecil main api ni... umno suke nyanyi..
BalasPadamlagu membodohkan melayu..
padahal kerajaan pb bersatu melayu, pas melayu, mca melayu, mic melayu..
apa lagi mau gaduh.. kerjaan tu kerjaan melayu..
kalau anak kecil main punai tu abam non
kah kah kah
Pukimal.. ameno ikut lidah rahman dahlan nak baiki ekonomi... Hahahhaaha... abis la dia org nak rembat lg duit... Duit kemarin bawah katil dalam kondo masing² pun tak dikeluatkn lg... Nak mintak urus ekonomi lg...
BalasPadamhttps://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/usaha-tangani-covid-tidak-akan-terhenti-hanya-bila-seorang-pm-bertukar/