UNDUR
MUHYIDIN
UNDUR
KHALAS
Aktivis berhimpun di Dataran Merdeka tuntut Muhyiddin letak jawatan
Aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka membawa bendera hitam dan replika mayat serta sepanduk dengan slogan “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Julai, 2021.
SEKUMPULAN kira-kira 20 orang aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Kumpulan itu berhimpun di Dataran Merdeka petang ini dengan membawa bendera hitam dan replika mayat serta sepanduk dengan slogan “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”.
Dalam satu kenyataan, kumpulan aktivis itu menjelaskan replika mayat tersebut melambangkan jumlah kematian akibat Covid-19 dan kes bunuh diri yang semakin meningkat.
14 bendera hitam yang dibawa dalam perhimpunan itu pula melambangkang kemarahan rakyat, kata kumpulan itu lagi dalam kenyataannya.
“Ini menunjukkan rakyat sudah penat dan marah dengan sikap ego kerajaan Perikatan Nasional yang enggan meletakkan jawatan,” kenyataan itu dipetik.
Kumpulan itu juga kecewa kerana perdana menteri tidak peka ke atas masalah dihadapi rakyat dengan merendah-rendahkan usaha rakyat meminta bantuan dengan menaikkan bendera putih.
“Sikap perdana menteri dan menteri kerajaan yang terus menerus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat adalah sangat tidak peka dan prihatin keluh kesah rakyat,” kata kumpulan itu.
Walhal, rakyat kini terhimpit dan tertekan akibat kehilangan sumber pendapatan dan akan mati kelaparan akibat tiada pendapatan atau akibat terkena jangkitan Covid-19.
“Dan perdana menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” kata kumpulan itu lagi.
Ia turut menyelar tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cuai serta keputusan yang sentiasa berubah-ubah dan didakwa dibuat tanpa merujuk golongan arif.
Antaranya, keputusan membenarkan kilang untuk beroperasi sedangkan perusahan berkenaan didakwa sebagai punca penyebaran keluster dan peningkatan jumlah kes, kata seketariat itu.
Tindakan kerajaan ini mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat dan pengusaha dalam semua sektor ekonomi, menurut kumpulan itu lagi.
“Kerajaan seperti tidak ada pelan ke depan yang lebih strategik untuk membawa negara keluar dari pandemik Covid-19 ini.
Selain menuntut Muhyiddin meletak jawatan, kumpulan itu juga mendesak sidang Parlimen diadakan secara penuh dan rakyat diberikan moratorium ke atas pinjaman secara automatik.
Mereka juga menyeru rakyat memakai pakaian berwarna hitam sebagai lambang rasa marah dan kecewa terhadap kerajaan PN.
Perhimpunan yang berlangsung secara aman di Dataran Merdeka itu dilihat turut diawasi beberapa anggota polis.
Seminggu lalu, kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat mengancam akan mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya Muhyiddin masih tidak meletak jawatan perdana menteri. – 17 Julai, 2021.
Kovid 19 ni landa satu dunia ..apasal tak pasal2 kito kono tukar gomen ..kok tukar gomen, Lanon pukimak mano yg akan ganti. Tunjukan pado gwa nogaro mano di dunio ni yg dah tukar gomen sobab kovid ..TUNJUKAN ..kau ingat rakyat nogaro ni bongok sangat ko ..
BalasPadamMinta maaf lah TT.Ini semua pemuda yg d beri makan tahi oleh org politik.Dlm suasana mcm ni budak2 otak keladi ni tak blh berfikir.Mereka diracun oleh org politik.Klu mati, budak ni akan mati dulu.Org politik sembunyi dgn anak bini sbb takut mati.Hulur kepale beri arahan..Memang patut mampus pun..Xde pemuda lebih baik dari jadi sampah..
BalasPadamMuidin sila undur.. bagi laluan kat madey plis. Muidin demo tak kenal bare… madey ni bare olskool vintage klasik antik nilai tinggi di pasare hurmmm…..
BalasPadam