YA AMPOON
YA MAULANA
AMIN
AGONG TAHU KE
ATAU
AGONG DALAM
GELAP
KAH KAH KAH
Adakah Agong dimaklum ordinan darurat dibatalkan, soal ahli Parlimen PKR
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dan seluruh kabinetnya perlu letak jawatan kerana mengelirukan Parlimen dan rakyat dengan membatalkan ordinan darurat secara diam-diam, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen PKR itu berkata kerajaan Perikatan Nasional juga tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana secara diam-diam membatalkan ordinan berkenaan pada 21 Julai.
“Jika itu yang sebenarnya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh jemaah menteri dan perdana menteri tidak lain dan tidak bukan, hanya satu, iaitu meletakkan jawatan,” kata Hassan dalam satu kenyataan.
Hassan turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin sebagai perdana menteri telah memaklumkan kepada Agong sebab sebenar Kabinet membatalkan ordinan darurat.
“Adakah perdana menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan ordinan-ordinan darurat tersebut?
“Kalau jawapannya ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan baginda terhadap pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut?
Tambahnya, sekiranya Muhyiddin enggan meletakkan jawatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan.
Semalam Takiyuddin mengumumkan enam ordinan darurat dibatalkan pada 21 Julai dan kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Agong untuk melanjutkan perintah darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos.
Pengumumannya itu menerima bantahan ahli Parlimen pembangkang yang mendesak menteri dan speaker Dewan Rakyat untuk membawa ordinan itu ke Dewan sebagaimana yang dikehendaki Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Hassan berkata Muhyiddin perlu menjelaskan pengumuman besar yang dibuat oleh Takiyuddin.
“Adakah kenyataan Takiyuddin Hassan benar? Ini perlu dijawab oleh perdana menteri.”
Hassan turut mempersoalkan mengapa Takiyuddin yang membuat pengumuman itu dan bukan Yang di-Pertuan Agong yang menurut perlembagaan, mengisytiharkan darurat serta ordinan dan juga membatalkannya.
“Pembatalan ordinan darurat terletak dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. Permasyhuran segala proklamasi darurat dan semua ordinan darurat dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong.
“Persoalannya, kenapakah tidak ada permasyhuran pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong?“soalnya.
Beliau berkata rakyat seluruh negara yang ditangkap, dilokap, di hantar ke penjara, disaman, dikompaun, dikuarantin, dan segala macam sekatan, larangan di bawah PKP dan ordinan darurat inginkan penjelasan dari Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya.
“Ini perkara besar, perkara perundangan berkenaan darurat yang menyentuh kehidupan jutaan rakyat, yang tiga kali mengalami lockdown atau PKP Penuh. Ramai yang hilang pekerjaan dan keruntuhan perniagaan akibat perintah PKP di bawah pelbagai Ordinan Darurat,” katanya. – 27 Julai, 2021.
Ini lah dia yang berlaku sekarang..lantikan BEROK..MONYET..KONGKANG..SIAMANG..GORILA dan peliknya diberi beruang Panda jaga undang-undang..anjing suruhan jadi speaker..dan anjing tambatan jadi AG.."Parliament is the most supreme of our institutions.. it is the custodian of our constitution.. it makes the laws of the land.. it represents democracy and freedom".. APA yang berlaku sekarang ia lah.... "a form of coercion".. ianya salah dari segi undang-undang..tuan speaker/AG..tak perlu cover-cover..terserlah kebodohanya nanti..
BalasPadam