Selasa, 24 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 525

 



KHALWAT KE 525

SELASA  24/8/2021
KITA MASUK KE HARI 525 
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA SERANGAN
TURUN SIKIT
SIKIT AJE
BUKAN BANYAK
ANGKA MASIH MENAKUTAN
AMIN

POLITIK MASIH BELUM SELESAI
SIAPA JADI MENTERI
SIAPA  DAPAT APA
JUAL BELI
JANJI BERJANJI
IKAT BERIKAT
SYARAT BERSYARAT
AMIN

PAGI INI HOKKIEN MALAP
LANGIT KELABU
MATAHARI TAK ADA
PETANG KELAMRIN 
MACAM NAK HUJAN TAK JADI
MAKNANYA AWAN KELABU
MASIH  ADA DILANGIT
TENGOK HARI INI
PANAS ATAU HUJAN PETANG

HA HA
PALING SIBUK PAGI INI
SIMPONI CENGKERIK
SUARA JANTAN  MENDAYU
DARI JAUH
DAN DAN DAN
WOW
KUMPULAN PIPIT
YANG RAMAI
AWAL PAGI DAH MENUAI

HA HA
MURAI JUGA BERKICAU
INI MURAI KAMPUNG
BUKAN MURAI BATU
AMIN

BRO
PAGI INI
MULAKAN DENGAN SENYUM
TERSENYUMLAH
MENYAMBUT
KELAHIRAN KITA
SEKALI LAGI

BRO
CINTA SEJATI
LAHIR DARI
KESEFAHAMAN SATU HATI

BRO
GUA BUKAN UNTUK
SEMUA ORANG
TAPI BILA  LU DAH
RASA TENAGA GUA
LU AKAN DAHAGA

BRO
LU JADI APA YANG LU PIKIR
KALAU LU PIKIR
LU SEKUNTUM BUNGA INDAH
MAKA LU AKAN DUDUK
DALAM TAMAN
KALAU LU PIKIR LU
DURI DURI
MAKA LU AKAN KENA TEBAS

BRO
BILA ADA KAKI BUSUK
DATANG CARI LU
DENGAN PISTOL
TAPI GAGAL JUMPA LU
INI MENCERIAKAN

BRO
CUBA SELALU BUAT KERJA
SEORANG  DIRI
INI JADIKAN LU KUAT

BRO
KALAU LU SIMPAN MARAH
MAKNANYA 
LU SIMPAN RACUN 
DALAM MULUT DENGAN
HARAPAN MUSUH AKAN MATI

BRO
LEMAH LEMBUT
BERHATI PERUT
DALAM DUNIA YANG GANAS
BUKAN TANDA LEMAH
ITU TANDA BERANI

BRO
KALAU LU BETUL BETUL
NAK UBAH DUNIA INI
PULANG KE RUMAH
DAN SAYANGI ANAK BINI
JIRAN TETANGGA
KUCING ANJING
DAN 
ALAM SEKITAR

BRO
BERJALANLAH DENGAN SOSOK
YANG BANGGA BERJALAN
DENGAN LU

BRO
KALAU LU TAK BERKORBAN
UNTUK MENDAPATKAN
BARANG YANG LU SUKA
MAKA BARANG
YANG LU SUKA
AKAN DIKORBANKAN

BRO
BERSEDEKAHLAH
WALAU PUN
LU TAK MEMILIK BANYAK

BRO
KAWAN YANG TAK JUJUR
BERHATI GELAP
LEBIH BAHAYA DARI
BINATANG LIAR
LUKA DARI SERANGAN BINATANG
BOLEH DIUBATI
KAWAN BERHATI GELAP
AKAN MERACUN MINDA KITA

BRO
MINDA KITA INI
MACAM AIR 
KALAU  OMBAK RIBUT
JADI KELAM KABUT
KALAU TENANG
SEMUANYA CERAH

BRO
BILA KIAT BUTA SILAP
AKUI
BILA KIAT BUAT BETUL
SENYAP

BRO
LU MEMILIK BAKAT
LU TERJEMAHKAN
HARI INI

BRO
KEGEMBIRAAN INI
TIDAK AKAN BERKURANGAN
JIKA KITA KONGSI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT


1 ulasan:

  1. Baca puisi hari ni Tt cakap dengar murai kampung berkicau. Bukan murai batu. Tt tinggal mana? Kalau kat kl mana ada barang kampung mari. Semua batu mari. Kelantan smalam tetak punya hal pun murai batu padahal bachok kampung mari. Murai kampung dah bawak diri ke hutan.. hutan pun masih belum selamat untuk si murai. Pak lebai beserban duk asah kapak nak pi tebang hurmm..

    BalasPadam