Jumaat, 27 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 528

 



KHALWAT KE 528
JUMAAT  27/8/2021
KITA MASUK KE HARI 528
BERKHALWAT

PKP 4.0
KELAMRIN ANGKA
PALING TINGGI
PALING MENAKUTKAN
AMIN

POLITIK 
SEMUA NAK TUNGGU
SENARAI MENTERI
YANG DILAPOR
AKAN KELUAR. HARI INI

APAKAH SATU LAGI
PAK LEBAI AKAN
DI JADIKAN MENTERI
ALAM SEKITAR
YANG TAK DAPAT
MENGEJA
GLOBAL WARMING
AMIN

PAGI INI AWALNYA
HOKKIEN TAK CERAH
MATA  HATI TAK KELUAR 
TERSIMPAN DI BELAKANG TABIR
AWAN KELABU YANG NIPIS
TAPI
AKHIRNYA MATAHARI  MENERUBUS
CAHAYA PAGI YANG INDAH

AWAN AWAN KELABU HILANG
AWAN BIRU TERTEBAR
HANYA ADA TOMPOK AWAN PUTIH

SUARA SIMPONI CENGEKRIK
AMAT KUAT
CHIRP CHIRP CHRIP
BUNYI SUARA PIPIT
YANG TAK KELIHATAN
DALAM PADANG RUMPUT

DARI JAUH
JANTAN BERKOKOK
AH!
PAGI YANG INDAH

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
SEPERTI KELMARIN

UBAT MUJARAB
KEPADA MASA IALAH
SABAR

NILAI SESEORANG ITU
KITA FAHAMI
MELALUI WATAK MUSUHNYA

TABIAT
IALAH DERIA KE ENAM
YANG MENEKAN 5 DERIA
YANG LAIN

SOSOK YANG SEHAT
ADA HARAPAN
SOSOK YANG ADA HARAPAN
MEMILIKI SEMUA

BRO
DALAM NERAKA
TAK ADA KIPAS ANGIN

BRO
LU TAK AKAN DAPAT ILMU
DENGAN MEMINUM DAKWAT

BRO
JANGAN TEBANG
POKOK RENDANG
TEMPAT BERTEDUH

TENTERA KAMBING
YANG DIPIMPIN OLEH
SINGA
AKAN MENGALAHKAN
TENTERA SINGA
YANG DIPIMPIN OLEH KAMBING

KESILAPAN YANG KITA KENALI
LEBIH BAIK DARI
KEBENARAN YANG KITA TAK TAHU

BRO
MARI KITA BERBUAT BAIK
KEPADA SESIAPA SAJA
TANPA SEBAB

JANGAN PAKSA  PAKSA
KALAU NAK
DIA NAK

BRO
KALAU LU TAK ADA KUNCI
PADA BILIK ITU
ITU BUKAN TEMPAT LU

BERDIRI SEORANG  DIRI
BUKAN BERMAKNA
KITA KESAORANGAN
MAKNANYA KITA GAGAH
MENGHADAPI APA SAJA
SEORANG DIRI

NAK JADI BERANI
ENJOI DUDUK 
SEORANG DIRI

MANUSIA INI WUJUD
UNTUK KASIH SAYANG
BARANG BARANG INI
DI WUJUDKAN UNTUK DIGUNAKAN
DUNIA INI JADI KACAU
KERANA CINTA KASIH SAYANG
KEPADA BENDA
DAN
MANUSIA DIPERGUNAKAN

CARA TERBAIK
UNTUK MENGELAK DARI
KEKECEWAAN
IALAH JANGAN MENGHARAP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan