SENIN 30/8/2021
KITA MASUK KE HARI 531
BERKHALWAT
BERKHALWAT
PKP 4.0
BERITA TAKUT
ANGKA SERANGAN NAIK
BERITA BAIK
ANGKA SUNTIKAN
MENINGGI
AMIN
POLITIK
REDA KE BELUM?
PROJEK UMNO
NAK BUAT
SURUHAN JAYA DIRAJA
TERHADAP
TOMMY THOMAS
HA HA HA
INI ADALAH PROJEK
UNTUK MENYELAMATKAN
KLUSTER MAHKAMAH
NAK DIBUKTIKAN
ADA CAMPUR TANGAN POLITIK
MAKANNYA
MADEY ARAH TOMI
DAKWA NAJIB DAN GENG
KITA LIHAT DAN TUNGGU
AMIN
HUJAN SUBUH
ANGIN KUAT
MENJADIKAN
HOKKIEN PAGI INI
BASAH DAN SEGAR
SIMPONI CENGKERIK
KUAT BERALUN
DI TEPI LERENG BUKIT
JANTAN BERKOKOK
BUNYINYA CUKUP DEKAT
PIPIT UBAN
BERTERBANGAN
LANGIT MASIH PENUH
DENGAN AWAN HITAM & KELABU
MATA HARI MENCURI KELUAR
JIKA BERJAYA MENERBUS
AWAN
MUNGKIN PANAS
KL DAN KL SENTRAL
KELAM
PETANG KELAMRIN
ADA KELUARGA SEMBAHYANG
BERNAZAR DEPAN KUBUR
ADA KUIH
ADA BUNGA
DAN
ADA HANTARAN
KE ALAM BAQA
AMIN
BRO
PAGI INI
TERSENYUMLAH
BRO
KALAU LU PERCAYA
PADA SESUATU
WALAU PUN SEORANG DIRI
LU BERDIRI
TEGUH SEPERTI POKOK
BILA LU JATUH
LU TABURKAN BENIH
UNTUK TUMBUH SEKALI LAGI
UNTUK MENERUSKAN
PERJUANGAN
BRO
ADA SATU HUKUM
LU JANGAN LANGGAR
JIKA LU MAHU BERJAYA
HUKUM INI :
LU JANGAN TIPU DIRI LU
JADI SOSOK BAIK
LEBIH MOLEK DARI JADI
SOSOK BIJAK
SELALUNYA YANG DIPERLUKAN
BUKAN CAKAP CAKAP YANG BIJAK
TAPI HATI YANG BAIK
UNTUK MENDENGAR
TIGA PEKARA INI
TIDAK AKAN DAPAT DIHILANGKAN
1 - MATAHARI
2 - BULAN
3 - KEBENARAN
BRO
JANGAN MEMINTA MINTA
UNTUK DISAYANGI
JADILAH PEMBERI CINTA
SOSOK YANG CANTIK
TIDAK SEMESTINYA BAIK
TAPI
SOSOK YANG BAIK
AKAN SENTIASA CANTIK
SILATUL RAHIM KITA
BUKAN MATI SENDIRI
TAPI DIBUNUH OLEH EGO
SIKAP DAN KEPALSUAN
KEGAGALAN YANG HAKIKI
DALAM HIDUP
IALAH KITA TAHU
TAPI BUAT BUAT TAK TAHU
BETAPA PUN
HODOHNYA KELAMRIN
KITA MASIH ADA HARI INI
UNTUK MULA SEKALI LAGI
BRO
JANGAN SELALU BERGANTUNG
PADA ORANG LAIN
BERHARAP DAN MENGHARAP
INI AKAN MEMBAWA SENGSARA
TAKDA APA YANG KEKAL
TAK PERLU BERTAHAN
BETAPA BURUKNYA KEADAAN
PERUBAHAN AKAN SAMPAI
YANG LEPAS
DAH BERLALU
YANG AKAN DATANG
BELUM SAMPAI
DETIK HARI INI ADALAH MASANYA
MERAYAKAN HIDUP
BRO
JANGAN BANDINGKAN
HIDUP KITA DENGAN YANG LAIN
MATAHARI LAIN
BULAN LAIN
CAHAYA DATANG
PADA MASA BERBEZA BEZA
JANGAN SANDARKAN
KEBAHAGIAN HIDUP
MELALUI ORANG LAIN
CARI SENDIRI
WALAU PUN SEORANG DIRI
BRO
JIKA KITA SENYAP
BANYAK PEKARA
BOLEH DIDENGAR
BRO
TAKDA SAPA AKAN BANTU KITA
KITA LAH JAGA KITA
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERKHALWAT
Sedap baca coretan bermadah Tt. Kadang kadang ayat tu rase macam mengata gwa pun ada. Kemurungan sekejap gwa.. apa yang pergi biarkan ia pergi.. usah dikejar. Klau ia memang ditakdirkan untuk kita dia akan datang kembali sendiri nanti. Ceh nak jugak selit ayat satu. Ayat ni hanya untuk orang yang kecewa becinta je, yang kecewa jawatan politik ermm bole jugak lahh..
BalasPadamWoi TT.Kau tak mentadarah ke kueh apam dan kueh kacang tu..Kan sedap..Mereka hanya olok2 je nak bagi makan org dah mati.Patut org yg hidup lah makan..
BalasPadam