INI GARIS
DEMOKRATIK
AMIN
SAHKAN DALAM
PARLIMEN
AMIN
PINTU BELAKANG
TUTUP
AMIN
BUAT CARA
TERBUKA
KHALAS
PM baharu perlu dapat undi percaya di Dewan Rakyat, kata istana
PERDANA menteri baharu perlu mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut Istana Negara.
Ia menyebut, baginda menitahkan calon perdana menteri kesembilan itu mengemukakan usul undi percaya secepat mungkin untuk mengabsahkan dirinya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan tatacara pelantikan selepas para ahli Parlimen mengemukakan nama perdana menteri pilihan hari ini.
“Perdana menteri yang telah dilantik oleh baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”
Menurutnya, ia disyaratkan ke atas ahli Parlimen yang bakal dilantik oleh baginda berdasarkan surat akuan yang perlu dipersembahkan 220 ahli Dewan Rakyat menjelang jam 4 petang ini.
Jelasnya, semua ahli Parlimen tersebut dititahkan mempersembahkan surat akuan menyatakan nama ahli dewan yang diberikan kepercayaan menjadi perdana menteri baharu.
“... Surat akuan tersebut adalah bertujuan untuk membantu Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.”
Baginda juga akan mempengerusikan perbincangan khas Raja-Raja Melayu berkaitan isu semasa mengikut masa dijadualkan pada Jumaat, kata Ahmad Fadil.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap para pemimpin dan parti politik utama semalam.
Pertemuan melibatkan pemimpin Umno, DAP, PKR, Bersatu, PAS, Amanah, Warisan dan Pejuang itu bertujuan membentuk kerajaan baharu yang stabil secepat mungkin.
Ia ekoran peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada Isnin.
Ahmad Fadil berkata, baginda juga berharap sesi menghadap ahli Parlimen yang lain akan dapat diatur dari semasa ke semasa.
Timbalan Yang di-Perstuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah turut hadir sewaktu para pemimpin parti menghadap di Istana Negara semalam, katanya. – 18 Ogos, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan