Khamis, 12 Ogos 2021

HIGH NOON 7 SEPTEMBER

 

 SAH SAHIH

KONPEM 

HIGH NOON

7 SEPTEMBER

AMIN




Undi percaya 7 September ini, kata menteri komunikasi

USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dibuat di Parlimen pada 7 September ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Sehingga tarikh tersebut tidak ada sidang khas Parlimen, kata Saifuddin, menjawab laporan kononnya persidangan khas Dewan Rakyat akan dibuat pada 18 Ogos untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin.

Katanya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sudah mengirim notis kepada semua ahli Parlimen mengenai perkara tersebut.

“Notis telah dikeluarkan oleh Speaker bahawa pada 7 September, setakat ini, tarikh yang dinyatakan untuk diadakan undi percaya itu. Jadi buat masa ini, itulah tarikh yang ada pada kami,” kata Saifuddin kepada sidang media secara maya hari ini.

Undi percaya akan dibuat sehari selepas Dewan Rakyat bersidang pada 6 September bagi mendengar Titah Diraja.

Ketika ini Muhyiddin berada dalam tekanan kerana ramai mahukan undi percaya dibuat di Parlimen bulan ini, bukannya pada bukan depan.

Susulan penarikan sokongan 15 ahli Parlimen minggu lepas, perdana menteri dikatakan cuma ada 100 sokongan berbanding 220 dalam Dewan Rakyat ketika ini.

Sebagai mendesak diadakan segera, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata adalah wajar usul percaya dibuat sebelum Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Parlimen pada 6 September.

Beliau berkata akan jadi sesuatu yang memalukan jika Yang di-Pertuan Agong membacakan Titah Diraja yang dikarang kerajaan Perikatan Nasional yang akan jatuh selepas usul percaya dibuat pada hari kemudiannya.

Saifuddin, ahli Parlimen Indera Mahkota, enggan mengesahkan sama ada kabinet ada membincangkan untuk mempercepatkan undi percaya, berkata 7 September masih merupakan tarikh rasmi setakat ini. – 12 Ogos, 2021.


GOOD MORNING

HIGH NOON

KAH KAH KAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan