HIGH NOON
AWAL PULAK
KAH KAH KAH
BELUM JAM 12
DAH NAK
MENEMBAK
KAH KAH KAH
WAT DE BEKOS
KHALAS
Undi percaya PM minggu depan, kata sumber
UNDI percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan diadakan lebih awal, seawal minggu depan, kata sumber dalam kerajaan Perikatan Nasional
Mereka memberitahu The Malaysian Insight undi percaya terhadap perdana menteri mungkin diadakan pada Rabu ini (18 Ogos) dan bukan bulan depan apabila Dewan Rakyat ditetapkan bersidang bermula 6 September.
Sumber berkata Muhyiddin akan membubarkan Parlimen sekiranya ditolak dalam sidang khas itu.
“Dalam perbincangan, Muhyiddin akan tunggu pengundian di sidang Parlimen dijalankan dulu.
“Undi percaya akan dilakukan pada 18 Ogos, itu rancangannya.
“Lagipun ia memang di bawah bidang kuasa perdana menteri untuk pembubaran,” kata sumber, yang maklum mengenai perbincangan mengenai pelan itu tetapi tiada mandat untuk mengumumkannya.
“Memang ada rancangan untuk bubar (Parlimen) tapi tak buat sekarang,” katanya.
Seorang lagi sumber yang juga ahli Parlimen Perikatan Nasional turut mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Ogos.
“Betul kita semua ahli Parlimen ketika ini bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.
Sumber juga berkata Muhyiddin akan menggunakan tempoh 90 hari selepas pembubaran tersebut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun menetapkan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.
Pada masa ini juga Ordinan Darurat masih berjalan selama enam bulan selepas tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos iaitu sehingga 2 Februari 2022.
Keterangan sumber kepada The Malaysian Insight bermaksud menangkis dakwaan yang tular hari ini bahawa Muhyiddin akan membubarkan Parlimen, petang ini.
Muhyiddin kini tertekan kerana didakwa hanya menguasai sokongan 100 dari kesemua 220 ahli Dewan Rakyat. Dua kerusi kosong selepas wakilnya meninggal dunia.
Sekurang-kurangnya 14 ahli Parlimen Umno disahkan oleh parti itu menarik sokongan ke atas beliau.
Minggu lalu, Muhyiddin mengumumkan Yang di-Pertuan Agong sudahpun memperkenan agar undi percaya tersebut ditentukan semasa sidang September.
Muhyiddin dijadualkan bertemu dengan semua ketua parti dalam kerajaan PN petang ini. – 11 Ogos, 2021.
ya betul .. itu yang betul.. antara dua saja bubar parlimen atau lantik jibby jadi PM balik .. kah kah kah
BalasPadamLembu tu masa naik ikut tangga ke tebuk atap? Skrg nak turun camne? Main terjun je naya ikut tangga pun susah juga.
BalasPadamUdah tukor ceta TT,bukan high noon dah.nie udah jadik magnificent seven.ada smith and wesson,ada senapang colt,Gatling gun pun ada.
BalasPadam