JANGAN SILAP
BACA POLITIK
AMIN
MALAON INI
TAK NAK TUGAS
MENTERI
AMIN
MALAON NI
NAK CARI
KERETA BARU
YANG LEBIH KETAT
KAH KAH KAH
Menteri, timbalan kontroversi dari PAS gagal kekal jawatan
DUA ahli Parlimen PAS yang meraih kontroversi dalam pentadbiran lalu tidak berjaya mengekalkan kedudukan dalam jemaah menteri baharu diumumkan Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Walaupun majoriti Kabinet Ismail Sabri itu kekal dengan anggota sama, bekas menteri Khairuddin Aman Razali dan bekas timbalan menteri Che Abdullah Mat Nawi tidak tersenarai.
Khairuddin yang merupakan bekas menteri perladangan dan komoditi pada awalnya meraih kontroversi kerana tidak menjalani kuarantin wajib sebaik pulang dari Turki pada tahun lalu.
Kes itu menimbulkan kemarahan meluas dan memburukkan imej kerajaan apabila ahli Parlimen Kuala Nerus itu hanya dikenakan denda RM1,000 bagi kesalahan tersebut.
Kes itu antara isu yang menyebabkan Putrajaya dituduh mengamalkan layanan berbeza ke atas pemimpin dan rakyat biasa dalam menguatkuasa undang-undang kawalan pandemik.
Selain kes melanggar perintah kuartantin tetap itu, Khairuddin juga dikaitkan dengan skandal pajakan dan jualan tanah Lembaga Getah Malaysia.
Jualan dan pajakan itu didakwa dibuat pada harga yang jauh lebih rendah dari kadar pasaran semasa.
Para pegawai Khairuddin kemudian membuat laporan bagi mendesak polis menyiasat kes kebocoran surat rahsia melibatkan kes tersebut.
Che Abdullah pula dikecam dengan tuduhan tidak menghormati undang-undang apabila dilapor menikah melalui telefon dengan menggunakan khidmat jurunikah di Thailand.
Kes itu turut perhatian pihak berkuasa agama Islam di Narathiwat yang bertindak menggantung tugas imam terbabit.
Setiausaha PAS Kelantan itu kemudian meminta maaf atas kes tersebut dan menyifatkan penyebaran rakaman video yang tular itu bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.
Penganalisis berpendapat, tindak-tanduk anggota jemaah menteri dan para pemimpin PAS seperti itu bakal menjejaskan pengaruh parti Islam itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Che Abdullah kini diganti Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai timbalan menteri 1 di kementerian itu.
Seorang lagi pemimpin PAS, Idris Ahmad mengisi kuota PAS yang dikosongkan Khairuddin dengan lantikan sebagai menteri hal ehwal agama.
Ismail Sabri juga tidak melantik semula Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu, senator Zulkifli Mohamad, dan Shamsul Anuar Nasarah daripada Umno.
Tiga bekas menteri Umno iaitu Noh Omar, Shahidan Kassim dan Mahadzir Khalid, selain bekas menteri dari parti PBB Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula dilantik semula.
Ismail Sabri juga memperkenal Jalaluddin Alias dari Umno dan Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu sebagai menteri baharu.– 27 Ogos, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan