MASA TEPAT
UNTUK TUNJUK
NUMBO
AMIN
JANGAN EEEK
JANGAN UUUK
BUKTIKAN
KHALAS
Pakatan ajak ahli Parlimen sokong Anwar sebagai PM
SEMUA ahli Parlimen perlu menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon penggantinya, kata Pakatan Harapan (PH).
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan hari ini berkata mengajak semua pihak yang menentang Muhyiddin duduk semeja dan berunding bagi membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif demi masa depan negara.
“Amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap perdana menteri nanti.
“Ini supaya sebarang pengambil alihan kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tatakelola dan urus tadbir yang baik, dan institusi kehakiman yang bebas,” katanya.
Kenyataan turut menyebut hanya 100 ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, manakala 120 lagi menentang.
“Namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, Majlis Presiden menjemput semua ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Muhyiddin Md Yassin untuk bersama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen.”
Isnin lalu, Umno mengesahkan 14 ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, dan bukan lapan seperti yang disebut dalam kenyataan Muhyiddin minggu lepas.
Dalam perutusan khas pada 4 Ogos, Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan namun akan merujuk keabsahannya di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang September ini.
Majlis Presiden PH dalam pada itu juga menyatakan ia tidak bersetuju pilihan raya umum diadakan terutamanya ketika penularan Covid-19 masih belum reda.
Ia turut mengulangi pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.
“Rakyat berharap para pemimpin politik akan dapat mencapai penyelesaian yang mampu merungkai masalah ini dan seterusnya membolehkan kepimpinan berwibawa tampil untuk membantu negara membendung penularan wabak Covid-19 dan memacu pemulihan ekonomi pasca-pandemik.” – 13 Ogos, 2021.
Kalau semua takda nombor, says cadang DYMM atau kerajaan tentera. Matlamat, tangani Kobid dan ekonomi, tempoh 3 tahun. Lepas tu, baru PRU.
BalasPadamKerajaan perpaduan, politikus akan terus kacau, rebut kuasa. Menteri tak akan kerjasama. Pentadbiran lumpuh.
mudin masih pengang majoriti walaupun tak cukup.. jibby ada kes... nuar tak ada nombor... senang cerita buat masa ni sokong jelah... kerajaan stabil banyak benda boleh buat.. tapi kerajaan jangan ambik kesempatan.. ambik mp dari parti luar masuk kabinet..
BalasPadamaku ubah pikiran.. kerajaan pn dah abih.. cuma tinggal mudin sebagai pemengang nombor terbesar
BalasPadambubar kabinet ..bukak parlimen... buat usul percaya.. kalau dapat sokong.. bentuk kabinet... unity goverment
kalau tak dapat sokong.. hali parlimen betuk koalisi baru .. cari majoriti.. hantar nama PM baru..
itu sahaja..
terserah pada mudim sekrang ... nak jadi negarawan atau nak jadi pelacur