Selasa, 17 Ogos 2021

MUHIYIDIN CADANG DIRINYA SEKALI LAGI

 

 MUHYIDIN CADANG

DIRINYA SEKALI

LAGI

KAH KAH KAH

DUA SOALAN 

TIMBUL

AMIN

PERTAMA:

ADAKAH AGONG

TERIMA

KEDUA:

ADAKAH RAKYAT

TERIMA

AMIN




Terpulang kepada Agong untuk cari pemimpin yang mempunyai majoriti

KUALA LUMPUR –  Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan dia akan kembali sebagai perdana menteri.

Bercakap media semalam setelah selepas melepaskan jawatannya, Muhyiddin berkata: “Well, let’s see” sambil menyifatkan peletakan jawatan itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, Muhyiddin percaya beliau adalah perdana menteri yang mempunyai undi terbesar walaupun tidak meraih majoriti.

“(Tapi) saya percaya, sebelum saya berhenti ini, saya lah perdana menteri waktu itu yang mempunyai ‘majoriti’ (sokongan undi yang terbesar, meski tidak meraih majoriti),” katanya seperti yang dilapor Malaysiakini.

Muhyiddin berkata, ahli Parlimen lain yang mendakwa mereka memperoleh majoriti juga tidak pernah dapat membuktikannya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Presiden Parti Keadialan Rakyat, Anwar Ibrahim walaupun tidak menyebutnya.

“Pernah juga (ada) satu ahli Parlimen satu ketika itu dia pergi kata dia ada ‘convincing and formidable’ (majoriti yang kukuh dan meyakinkan), tapi kebelakangan ini tidak dengarlah.

“Kami ahli politik, ada maklumat sendiri. Tak ada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding saya,” tambahnya.

Muhyiddin mendakwa “ramai rakyat Malaysia” yang ingin dia kekal sebagai perdana menteri, namun dia harus mematuhi demokrasi berparlimen.

“Ramai rakyat Malaysia meminta ‘Abah, tolong terus dan jangan berhenti, kami mencintaimu’. Ini sangat menyentuh. Saya harap saya dapat melakukannya tetapi di bawah demokrasi berparlimen, kedudukan perdana menteri adalah berdasarkan ketentuan Perlembagaan Persekutuan, “katanya.

“Bagaimana (seperti) saya telah sebutkan dalam ucapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau ikut perasaaan saya, macam mana yang dihasratkan oleh ramai rakyat Malaysia minta supaya terus kekal. ‘abah jangan berhenti, kami sayang’. Sangat menyentuh hati.

“Saya harap saya dapat kekal, tapi di bawah sistem demokrasi berparlimen, lantikan seperti jawatan perdana menteri ini bersandarkan peruntukan dalam perlembagaan,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang perdana menteri mempunyai mesti mempunyai sokongan majoriti dari keseluruhan ahli Parlimen. Seseorang ahli parlimen boleh meraih sokongan tertinggi, namu pada masa sama tidak mempunyai majoriti.

Muhyiddin berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari pemimpin yang mempunyai majoriti mengikut prosedur Perlembagaan.

 

KRISIS INI

TAK SELESAI

AMIN

HINGGA PRU15

AMIN

HANYA PRU15

BOLEH BUKTIKAN

SECARA TERBUKA

SAPA ADA SOKONGAN

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan