Isnin, 9 Ogos 2021

MUHYIDIN SILAP LANGKAH

 


 MUHYIDIN

SILAP LANGKAH

AMIN

AHLI GEROMBOLAN

AKAN BERSATU

AMIN

MEREKA MENDIRIKAN

UNITED FRONT

KHALAS



Ahli Umno pertahan parti jangan rosak, kata penganalisis

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) silap langkah jika mahu tumbangkan Umno dengan menggunakan agensi kerajaan atau mencetuskan pergolakan dalam kalangan pemimpinnya, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight sebarang langkah menentang parti itu hanya akan membangkitkan kemarahan ahlinya, termasuk mereka yang tidak semestinya menyokong presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Jasri Kasim berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk menangguhkan pemilihan partinya, yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai, dibuat secara tidak sah.

Ini berlaku hanya beberapa hari selepas Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, satu tindakan yang juga menyebabkan perpecahan dalam parti dengan sebahagian besar ahli Parlimen dan menterinya menyokong perdana menteri.

Kumpulan pemberontak itu diketuai Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, yang juga timbalan perdana menteri.

Pengarah Eksekutif Pusat Ilham Hisommudin Bakar berkata ahli Umno akan mempertahankan parti dan pemimpinnya jika diserang.

“Keputusan RoS membuat ahli Umno marah. Ini adalah tindakan yang salah oleh kerajaan dalam usaha memberi tekanan kepada Umno.

“Ahli akan berdiri teguh di belakang parti dan tidak akan membiarkan sesiapa pun membatalkan pendaftaran Umno.

“Tidak kira siapa yang mereka mahu jadi presiden, tetapi selepas anda sentuh parti, mereka tidak akan benarkan perkara buruk terjadi,” kata Hisommuddin.

Beliau turut berkata parti itu akan selalu menang walaupun ada perpecahan antara pemimpinnya ketika ini.

“Dalam sejarah Umno, mereka yang cuba menentang parti itu akhirnya akan kalah. Umno pernah berada dalam situasi seperti ini sebelum ini dan ia tahu cara tanganinya.

“Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal semuanya berakhir dengan tubuhkan parti baharu tetapi akar umbi Umno akan selalu berpihak kepada parti dan bukannya individu.

“Akar umbi Umno ada pengaruh kuat di mana mereka akan pilih parti berbanding individu,” tambahnya.

Pemberontak boleh keluar

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga bersetuju Umno yang kini dihimpit akan mendapat simpati ahlinya.

“Kalau saya jadi ahli Umno, saya akan marah bila RoS digunakan untuk kacau parti. Ia dapat dilihat sebagai tindakan PN untuk tekan Umno kerana melawan kerajaan.

“Ini langkah yang salah oleh PN. Rakyat akan bersimpati dengan Umno, terutama mereka yang berada di atas pagar,” katanya.

Beliau juga menjelaskan Umno tidak mahu dilihat sebagai pengkhianat Raja-Raja Melayu.

“Umno tidak mahu memikul beban itu dan dilihat tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi Ismail Sabri dan kumpulannya, mereka melihatnya sebagai peluang bagi Umno untuk ambil alih jika Muhyiddin hilang undi percaya. Mereka akan kekal PN sebagai kerajaan tetapi dengan perdana menteri Umno,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Azhari Shaari mengetepikan konflik antara pemimpin parti, berkata mereka akan jumpa titik temu.

Namun beliau mengakui perpecahan ketika ini agak membimbangkan.

“Saya yakin akan ada persefahaman. Saya harap mereka akan duduk dan berbincang, dan bagi pemimpin bahagian, kita sokong presiden.

“Walaupun membimbangkan, saya harap ahli Parlimen dapat duduk dan berbincang dengan presiden cari penyelesaian terbaik.

“Kita akan patuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan presiden (untuk tarik sokongan terhadap Muhyiddin),” katanya.

Seorang ketua bahagian di Kelantan yang enggan disebut namanya mencabar ahli Parlimen pemberontak Umno tinggakan parti itu.

Beliau berkata tindakan ahli Parlimen menyokong Muhyiddin telah mencemarkan Umno.

“Saya secara peribadi merasakan ahli Parlimen Umno perlu letak jawatan. Pilih antara Umno atau PN. Kalau anda lebih suka berkuasa, maka duduklah dalam PN,” katanya.

Pada Ahad, Zahid melontarkan cabaran kepada pemimpin pemberontak, meminta mereka tidak berdiam diri dan hanya melihat kerajaan menghukum Umno.

Presiden parti berkata setiausaha agung parti memberikan penjelasan terperinci kepada RoS mengenai keputusan untuk menangguhkan pemilihan, namun keputusan dibuat terhadap parti itu.

Pemimpin Umno dibahagikan kepada dua, di mana kumpulan lebih kecil diketuai Zahid memilih untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menghapuskan majoriti tipis perdana menteri di Parlimen.

Kumpulan lebih besar, yang dipimpin Ismail menyokong perdana menteri, menambah mereka akan tunggu sehingga usul percaya dibentang di Parlimen pada September.

Kumpulan Zahid mendapat sokongan kira-kira 15 ahli Parlimen Umno, termasuk dua menteri yang minggu lalu meletak jawatan dalam Kabinet Muhyiddin. Sementara itu, Ismail berkata beliau mempunyai sokongan daripada yang lain, termasuk empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Umno terdiri daripada 38 ahli Parlimen daripada 42 ahli Parlimen BN, dengan kerusi Grik kosong berikutan kematian ahli Parlimennya November lalu. – 9 Ogos, 2021.


AHLI YANG

TAK SUKA ZAHID

PUN AKAN

BERSAMA

LAWAN MUHYIDIN

KAH KAH KAH

INILAH PRAKTIK

DARI TEORI

UNITED FRONT

KHALAS

SEMUA BESATU 

LAWAN MUSUH

UTAMA

AMIN

TINGGALKAN

 MUSUH

SAMPINGAN

KHALAS





Tiada ulasan:

Catat Ulasan