Isnin, 30 Ogos 2021

PAKATAAN CARI PEMIMPIN BARU

 

UNTUK MENANG

PRU15

PAKATAN WAJIB

ADA MUKA MUKA

BARU

KHALAS


Pembangkang mungkin


 sudah terlalu lama


bergantung kepada


 satu-satunya calon PM

Lebih kurang 20 tahun lalu, debat dalam kalangan pembangkang adalah sekitar siapakah yang akan mengetuai kerajaan jika dapat menguasai kerajaan, sebuah senario yang dilihat mustahil ketika itu memandangkan ideologi yang bertentangan antara dua parti terbesar, PAS dan DAP.

Hanya pada hujung 1990-an, kemunculan Anwar Ibrahim sebagai penyatu kekuatan pembangkang, konsep perdana menteri bayangan mendapat tempatnya dalam politik Malaysia.

Pada waktu itu, idea memiliki calon perdana menteri merupakan motivasi dalam perjuangan pembangkang, dan menunjukkan betapa seriusnya pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional, gabungan politik yang menang besar dalam setiap pilihan raya.

Hari ini, dua dekad kemudian, wujud pula perdebatan sama ada apa yang dianggap sebagai kekuatan pembangkang itu kini menjadi kelemahannya.

Apakah pembangkang sememangnya harus kekal mencalonkan orang sama bagi jawatan perdana menteri?

Anwar menjadi calon perdana menteri pembangkang dari zaman penubuhan Barisan Alternatif, gabungan longgar antara PAS, DAP dan calon-calon pilihan raya pro-Anwar, sehinggalah pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat yang lebih kukuh pada 2013.

Pada 2018, berlaku sedikit perubahan. Anwar tidak lagi menjadi calon perdana menteri, dan hanya dinamakan sebagai orang yang akan mengambil alih pada tarikh yang ditentukan kemudian.

“Pakatan Harapan (PH) perlu membawa Mahathir bagi memastikan mereka mendapat undi Melayu,” kata Ahmad Atory Hussain, yang merupakan pengkaji politik Melayu, merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad yang kemudian menjadi perdana menteri bagi kali kedua sebelum kerajaannya runtuh apabila sekumpulan pemimpin keluar dari PH, dalam usaha yang dirancang bagi menyekat Anwar menduduki jawatan tertinggi itu.

Persoalan sukar pembangkang

Kegagalan Anwar untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi perdana menteri bulan ini mencetusan semula persoalan apakah beliau masih relevan.

Perdebatan itu menimbulkan persoalan yang sukar dijawab pembangkang, termasuk mengapa tiada pemimpin lain, berbanding musuh politik mereka yang mampu menyediakan pengganti.

Pada 2003, selepas Mahathir meletakkan jawatan setelah 22 tahun memerintah, kepimpinan Umno bertukar tangan kepada Abdullah Ahmad Badawi dan ia disusuli Najib Razak.

Situasi sama turut ditunjukkan ketika Bersatu dengan segera menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi mengisi kekosongan kuasa pada 2020, selepas Mahathir menolak untuk terus memimpin parti.

Dan ketika Ismail Sabri Yaakob disahkan menjadi pengganti Muhyiddin, keadaan yang sama dapat disaksikan.

Bahkan Ismail menunjukkan rasa terima kasihnya kerana bekas perdana menteri itu menyokong beliau.

Ismail Sualman, seorang pakar sains politik yang menulis puluhan buku mengenai politik Melayu bersetuju perkara sama tidak berlaku dalam mencari pengganti dalam PH.

Beliau berkata antara puncanya adalah kekurangan pilihan, memetik hujah biasa pemimpin PH bahawa Anwar boleh mengekalkan kesatuan gabungan politik itu.

“DAP misalnya, adalah lapisan kedua gabungan itu. Mereka perlukan seseorang yang mereka percaya untuk memimpin, dan bekerjasama dengan mereka. Mereka mungkin lihat sukar untuk kerja dengan pihak lain jika tidak kerana Anwar,” kata Ismail dari UiTM.

Namun bagi Azmil Tayeb, pakar mengenai gerakan politik Asia Tenggara, ia menunjukkan kegagalan untuk menyediakan golongan muda bagi memimpin pembangkang.

“Terdapat rasa berat hati yang kuat untuk melepaskan kuasa kepada pemimpin muda dan wanita,” kata Azmil kepada MalaysiaNow.

Beliau berkata walaupun masalah itu bukan hanya berlaku kepada parti-parti pembangkang sahaja, hakikatnya “veteran” menguasai parti-parti dalam gabungan PH sejak beberapa dekad lalu.

“Jika mereka tidak yakin untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada golongan muda, kita akan hanya dapat lihat orang seperti Anwar, Lim Kit Siang, Mahathir dan ramai lagi terus mendominasi politik Malaysia.”

Dalam pada itu, Ismail memberi amaran kepada pemimpin pembangkang orang ramai mungkin tidak berkongsi sentimen berhubung tawaran Anwar bagi mengetuai kerajaan.

“Minat pengundi tidak sama dengan parti-parti politik tersebut,” katanya dan menambah orang ramai mungkin akan memikirkan perkara ini ketika pilihan raya.

Beliau bersetuju dengan pandangan Ahmad Atory mengenai kekurangan sokongan Melayu terhadap kem PH, menyebabkan perjalanan Anwar untuk ke Putrajaya menjadi semakin malap.

“Kekuatan PH datang dari undi Cina namun untuk mengetuai negara, anda perlu mendapatkan pengundi Melayu, inilah yang dia kurang,” kata Ismail.

Ahmad Atory berkata dengan keluarnya bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan yang bersekutu dengannya menyebabkan pemimpin Melayu dalam PH semakin berkurangan.

“Hanya dia seorang yang tinggal. Dalam aspek ini dia masih relevan.

“Dan dia juga masih relevan untuk menjadi ketua pembangkang,” tambahnya lagi.


 APAKAH PAKATAN

AKAN TERUS

DI PUTAR OLEH

ANWAR

AMIN

SOKONGAN MAKIN

MERUNDUM

KERANA BANYAK

KALI ANWAR

CAKAP BOHONG

AMIN



2 ulasan:

  1. Aku sokong izah jd PM, atau Rafizi. Tp abqm pandang El Salvador nk buat mcm mana ....

    BalasPadam
  2. hidup melayu hidup melayu... rakyat tengah sakit.. wakil rakyat umum bersara duk kat perancis dengan satus masih wakil rakyat... .. this is kepala bana

    BalasPadam