INI CADANGAN
AMAT BAIK
AMIN
TAK KIRA APA
NAMA
AMIN
YANG PENTING
KURANG GADUH
TUMPU LAWAN
KOBID
KHALAS
Tawar jawatan timbalan speaker pada pembangkang, kata Azalina
PUTRAJAYA perlu menggantikan timbalan speaker Dewan Rakyat dengan ahli Parlimen pembangkang menerusi usul yang dibawa oleh kerajaan, kata Azalina Othman hari ini.
Bekas timbalan speaker, yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu berkata peletakan jawatannya akan memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk menetapkan semula (reset) fungsi Dewan Rakyat pada persidangan September depan.
“Ianya jelas (reset). Ia perlu digantikan oleh ahli Parlimen pembangkang namun usul itu perlu dibawa oleh kerajaan. Ini yang saya maksudkan dengan politik kepartian,” katanya pada forum anjuran Asli dan Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah.
“Ini merupakan peluang terbaik untuk perdana menteri menawarkan tanda muhibah ini kepada pembangkang.”
Ahli Parlimen Pengerang berkata pembaharuan ini yang memilih ahli Parlimen pembangkang untuk jawatan timbalan speaker mampu dicapai.
“Ini boleh dicapai, sekiranya mereka lakukan ini dan disokong oleh semua, ia akan menjadi sejarah dalam Parlimen Malaysia,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri dan gabungan pembangkang Pakatan Harapan bersetuju untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan institusi Parlimen dan untuk eksekutif berfungsi lebih telus untuk memberi khidmat kepada rakyat.
Ismail, dalam satu kenyataan bersama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pertemuan yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya membincangkan agenda untuk memastikan kebajikan rakyat.
“Pertemuan ini bertumpu kepada agenda kepentingan rakyat iaitu mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis kesihatan dan ekonomi akibat penularan Covid-19,” menurut kenyataan itu.
“Ia juga untuk membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.”
Mereka berkata persetujuan bersama turut dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan
mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.
Mereka juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi.
Mengenai peletakan jawatannya, Azalina yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyebut konflik moral, peribadi dan politik menjadi sebab keputusannya.
Peletakan jawatannya dibuat ketika timbul desas-desus bahawa beliau turut tersenarai dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau pernah berkhidmat dalam Kabinet bekas perdana menteri Najib Razak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan sebelum ini sebagai menteri belia dan sukan di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. – 26 Ogos, 2021.
semua dapat mandat rakyat ....semua wakil rakyat.. dan semua adalah calon PM.. kecuali abam non..PM Tepi di khemah besar.. kah kah kah..
BalasPadamSamsul yoda dan abdollah sani dah stereka baju melayu hitam.kahkahkah
BalasPadam