PMP
AMIN
KITA NANTI
KITA TUNGGU
KITA BUKA MATA
KITA BUKA TELINGA
DAN
KITA BUAT RUMUSAN
AMIN
Warna-warni Ismail: Dari pemimpin mahasiswa menjadi perdana menteri pandemik
Jika ada senarai orang yang mungkin menjadi perdana menteri pada satu hari nanti, Ismail Sabri Yaakob, seperti Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009 mungkin tidak berada di dalamnya.
Namun, tidak seperti Abdullah, yang mendapat jawatan itu selepas 22 tahun pemerintahan penuh dengan pelbagai perkembangan naik dan turun, Ismail sebaliknya akan mengambil alih jawatan tersebut dari seseorang yang dilihat belum sempat memanaskan kerusi tersebut namun terpaksa meletakkan jawatan, sehingga mengganggu tugas besar menggalas tanggungjawab membawa keluar negara daripada krisis terbesar manusia pada ketika ini.
Namun walaupun penggal perdana menteri sebelumnya singkat, Ismail, 61, berdepan cabaran kerana pelbagai perkara berlaku sebelum beliau menduduki jawatan itu.
Beliau kini akan merasai sendiri apa yang dialami oleh mereka yang menduduki kerusi panas ketika pandemik Covid-19.
Tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki yang bakal mengangkat sumpah jawatan perdana menteri hari ini bagi menyambung pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas kejatuhannya daripada kuasa.
Ismail juga turut memecahkan beberapa rekod.
Antara lain, beliau adalah timbalan perdana menteri yang paling cepat menjadi perdana menteria.
Beliau juga adalah bekas ketua pembangkang tunggal di Parlimen yang menjadi perdana menteri.
Tiga tahun lalu, beliau memegang jawatan menteri luar bandar dan wilayah, ia bukanlah jawatan “berpengaruh” jika seseorang mahu menjadi perdana menteri.
Mungkin barangkali, pengecualian boleh diberikan kepada Tunku Abdul Rahman, Ismail ialah satu-satunya perdana menteri yang tidak pernah memegang protfolio pendidikan.
Namun siapakah sebenarnya Ismail Sabri Yaakob?
Aktivisme di kampus
Sebenarnya anak jati Temerloh yang merupakan anak pasangan yang berasal dari Kelantan memiliki kisah lampau yang berwarna-warni, seperti juga pakaian-pakaiannya yang menonjol ketika tampil dalam acara rasmi.
Tidak ramai yang tahu penglibatannya dalam aktivisme mahasiswa pada awal 80-an.
Sebagai pelajar undang-undang di Universiti Malaya, yang merupakan kubu aktivis mahasiswa radikal, Ismail aktif dalam PMUM, persatuan universiti bagi pelajar sarjana muda yang lantang, bahkan menjadi presidennya pada 1982.
Temerloh adalah tempat kelahiran ramai aktivis dan kebanyakannya daripada golongan sayap kiri.
Ismail juga tidak terkecuali.
Abangnya, Kamarazaman Yacob, merupakan antara pimpinan PMUM pada tahun 1970-an, selain menganggotai Kelab Sosialis UM yang memperjuangkan isu-isu kemiskinan bersama pemimpin pelajar terkemuka pada masa itu termasuk Hishamuddin Rais, Yunus Ali, Adi Satria dan Hassan Karim.
Kemuncak aktivisme kampus di Malaysia ditanda dengan demonstrasi-demonstrasi di seluruh negara sepanjang pentadbiran perdana menteri Abdul Razak Hussein.
Antaranya Demonstrasi Baling pada Disember 1974 di Kuala Lumpur di mana mahasiswa memperjuangkan isu petani di Baling, Kedah.
Pihak berkuasa kemudian menahan aktivis-aktivis mahasiswa yang terlibat termasuk Kamarazaman dan Adi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Bekas aktivis Hishamuddin, yang kini berusia 70 tahun, berpendapat pelantikan Ismail adalah tanda kepimpinan Umno sedang menjalani perubahan generasi.
“Dari segi umurnya, Ismail masih dikira muda berbanding yang lain,” kata bekas tahanan ISA yang beberapa dekad hidup dalam buangan di luar negara kepada MalaysiaNow.
Hishamuddin turut berkata, pelantikan Ismail sebagai perdana menteri merupakan sesuatu yang bersejarah kerana beliau datang dari latar belakang keluarga orang biasa.
Hishamuddin menambah, dari segi perjuangan politik, selain mendapat pendedahan daripada abangnya, persekitaran tempat Ismail membesar di Lubuk Kawah dan Temerloh, Pahang merupakan pusat pergerakan perjuangan nasionalis Melayu.
“Dia tahu sejarah Umno, saya pernah berbincang dengannya mengenai perkara ini di London, ketika beliau muda dan menjawat jawatan selaku setiausaha politik kepada Sabbaruddin Chik, seorang pemimpin terkemuka Umno dan bekas ahli Parlimen Temerloh yang berkhidmat dalam Kabinet Mahathir.
“Beliau tahu dan sedar tentang Umno,” kata Hishamuddin merujuk kepada pertemuannya dengan Ismail semasa menetap di London, United Kingdom pada awal 1990-an.
Masa depan yang mencabar
Salah seorang temannya yang tidak mahu dinamakan berkata orang-orang di sekeliling Ismail selalunya akan “penat” dengan beliau, dan mungkin boleh bertukar memusuhinya.
“Dua pembantunya pernah bertanding melawan beliau dalam pemilihan Umno,” katanya.
Kerana itu, beliau menambah, Ismail sangat berhati-hati memilih orang yang berada di sekelilingnya.
“Bahkan sangat berhati-hati, sehingga kadang-kadang dia pilih orang yang salah sebagai kawan. Tapi itu memang asam garam mana-mana ahli politik,” katanya.
Ismail Sabri Yaakob mengetuai sidang media dihadiri 21 ahli Parlimen Barisan Nasional yang mendukung pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Namun pada masa ini, cabaran terbesar Ismail adalah menguruskan pentadbiran yang bertanggungjawab melawan pandemik dan memilih mana teman dan musuh dalam pentadbirannya.
Setiap langkah pentadbirannya akan diamati secara dekat.
Beliau sudah tentu tidak mempunyai ilusi jawatannya selamat semata-mata kerana menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Apa pun, situasi buruk yang menjadikan perdana menteri sebelumnya ditumbangkan adalah disebabkan beberapa bulan komplot dan perancangan yang dilakukan oleh orang yang sama memberikan angka sokongan kepadanya.
Dan ia masih segar dalam memori.
Bera bukan bra
BalasPadamHang habaQ mai sat kat orang2 utara Bera buka BRA .nazriO mnuLih
Nama Tt memang sebaris dengan pembesar negara.. madey zahid nuar berahim ramai lagi la semua kenalan zaman u lagi. Kiranya dah kenal ikut tepi. Tapi Tt tak pernah pegang jawatan. Takde jugak degnar Tt pesen cari projek. Apa yang Tt nak kita taktau. Mungkin syaratton Tt satu je nak suh sokong tolong cari janda hurmm..
BalasPadamTakde masalah ngn p.mail selagi dia tak ikut telunjuk Bosslu & wak jait.kes julur pisang pun dia takde tengok la barisan kabinet dia nanti kalau tak ok wa serah kt brader tt untuk telanjangkan
BalasPadamKalau saya di tempat Ismail, saya takkan gembirakan hati sesiapa pun yg beri sokongan bersyarat because, Ismail kena terima kenyataan, you can please some people some time but you cannot please all the people all the time.
BalasPadamYou penuhi syarat satu kumpulan, you will lost support kumpulan lain.
Jadi, lebih baik buat kerja utk gembirakan hati rakyat. Rakyat gembira and they will give you their full support.
Untuk ini, mula-mula saya akan minta Tun Dr.Mahadir ketuai MPN. Beri dia kebebasan untuk buat kerja kerana saya percaya, Tun mampu selesaikan banyak masalah, terutama yg berkaitan Ekonomi, COVID dan Education.
Kemudian, tumpukan perhatian kpd menubuh kabinet. Pilih hanya MP yg berpengalaman dan berkebolehan termasuk dpd pembangkang yg boleh bantu Tun menyelesaikan masalah negara. Pedulikan mereka yg mengkritik dan mengugut untuk dapat jawatan dan habuan atau melepaskan tengkok yg dah tercekik.Kalau rakyat gembira, supporters bersyarat takkan berani menarik sokongan. Tumpukan perhatian kpd menyelesaikan masalah COVID, ekonomi dan membantu rakyat yg terjejas. Tegas dan adil dalam semua tindakan. You can never get respect and love tanpa sebarang usaha. Usaha itu tangga kejayaan.
InstaAllah, anda akan kekal jadi PM sampai PRU15 dan mungkin PRU16 juga tanpa meminta rakyat menyanyi lagu "Anak Kecil bermain Api".