Sabtu, 28 Ogos 2021

TAHNIAH UNTUK BONNIE

 



TAHNIAH


Bonnie Bunyau hadiah emas pertama Paralimpik untuk Malaysia

ATLET Sarawak Bonnie Bunyau Gustin menepati sasaran menghadiahkan emas pertama untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui acara angkat berat kategori lelaki lebih 72kg.

Kejayaan itu bertambah manis apabila beliau juga memecahkan rekod kejohanan dengan angkatan seberat 228kg. Rekod sebelum ini 227kg dicipta Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016.

Bonnie, 22, seterusnya mencuba untuk memecahkan rekod dunia 230kg yang diciptanya di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza ke-11 di Dubai, Jun lepas, namun tidak berjaya selepas percubaan keempat mengangkat 231kg.

Pingat gangsa dimenangi atlet Mesir Mahmoud Attia sementara gangsa milik Micky Yule dari Great Britain.

Pada Mei, Bonnie menang emas di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok dan mencipta rekod dunia dengan angkatan 226kg, yang dipecahnya sendiri sebulan kemudian.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah penampilan sulung beliau, sekali gus menjadi kemuncak pencapaian cemerlang peribadinya tahun ini selepas kejayaan di Bangkok dan Dubai. – 28 Ogos, 2021.



BONNIE BUNYAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan