Rabu, 8 September 2021

AWAS - CHINA MERAH AKAN MASUK

 

PENG ANAL LUPA

CHINA MERAH

SEDANG

PASANG TAJUR

AMIN

CHINA MERAH

MAHU NAJIB

KEMBALI

AMIN

CHINA MERAH

MAHU MCA

KEMBALI

AMIN

KALAU TIDAK

APA CHINA MERAH

AKAN LAKUKAN ?

AMIN



Pengundi Cina tidak akan undi MCA lama, kata penganalisis

MCA tidak akan dapat semula sokongan pengundi Cina yang kini memilih DAP, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight pengundi Cina hanya akan pertimbang untuk pilih MCA jika DAP tunjuk prestasi teruk.

Penolong profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Lau Zhe Wei berkata MCA tidak berubah dan masih berada di takuk lama politik.

Ini, kata Lau, penyebab parti itu tidak dapat buang imej negatifnya.

Beliau berkata MCA hanya boleh raih undi jika DAP buat silap besar, yang kemudiannya akan menarik sokongan masyarakat Cina beralih kepada MCA.

Dengan kata lain, kejayaan MCA bergantung pada kegagalan DAP, tambahnya.

“Pengundi Cina sokong Pakatan Harapan dan DAP. Kecuali jika pemimpin Pakatan seperti Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng buat silap, barulah mereka akan sokong MCA,” katanya.

Walaupun MCA dan DAP ada pengalaman urus tadbir negara, DAP ada kelebihan kerana ada pemimpin bersih.

Pemimpin DAP juga dapat tarik sokongan pengundi Cina untuk percayakan mereka, katanya.

“Pengundi Cina masih sokong DAP. Walaupun MCA ada menteri yang bekerja keras dan tidak terlibat dalam skandal, namun ia masih belum cukup untuk ubah imejnya.”

Sebelum ini, katanya, pengundi percaya Barisan Nasional adalah kerajaan yang memerintah dengan MCA sebagai wakil masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Mentaliti inilah yang buat pengundi Cina undi MCA sejak sekian lama, katanya.

Mentaliti ini, kata Lau, diranapkan oleh DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, dan setelah ia hancur, sukar bagi MCA untuk kukuhkan cengkamannya semula.

Perubahan dalam PRU 2008 turut memberi kesan kepada pengundi bukan Cina di kawasan bandar, tambahnya.

Dalam PRU15 nanti, Lau berkata DAP akan terus mendapat kepercayaan masyarakat Cina dan paling teruk pun mungkin cuma hilang satu atau dua kerusi saja.

MCA, katanya, belum dapat menangi hati pengundi terutamanya kerana ia menyokong “kerajaan pintu belakang” dan berbaik dengan Umno.

“MCA masih tersekat dengan zaman lalu. Susah bagi mereka untuk terus maju, kecuali jika dapat menang lebih banyak kerusi pada PRU nanti dan ahli Parlimennya menunjukkan prestasi yang lebih bagus,” kata Lau.

Sokongan untuk MCA makin merosot sejak PRU 2008. Pada PRU14, parti itu kalah teruk di mana 95% pengundi Cina memilih DAP.

Reputasi parti semakin parah berikutan Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan setelah 22 bulan menjadi kerajaan.

Tiada harapan di bawah MCA

Wartawan veteran Cheah See Kian berkata sejak sekian lama MCA berkuasa ia tidak buat apa-apa untuk masyarakat dan tidak ada pembaharuan berlaku.

“Masyarakat Cina telah bagi MCA terlampau banyak peluang. Mereka sokong MCA dalam semua PRU sebelum ini, namun mereka masih rasa ketinggalan.

“Parti itu ada dua kerusi selepas PRU14 dan gabungan yang dianggotainya sekarang tidak berbilang kaum dan dikuasai oleh satu kaum.

“Sama ada kerajaan berada di bawah perdana menteri baharu, Umno, atau Bersatu, ia tiada arah. Perkara yang sama berlaku buat MCA. “

Trend pengundi Cina pada pilihan raya 2008, 2013 dan 2018 juga mempengaruhi trend mengundi masyarakat Melayu dan India di kawasan bandar, katanya.

Undi DAP kini dianggap sebagai suara perubahan. Namun DAP juga tidak buat banyak untuk bersuara atau tunaikan janji mereka bagi masyarakat Cina, kata Cheah.

Walaupun begitu, kegagalan ini, kata Cheah, masih belum cukup untuk mempengaruhi pengundi untuk sokong MCA, walaupun parti itu bekerja keras.

“DAP dan Pakatan berada dalam kedudukan yang lebih baik. Meminta pengundi Cina untuk memilih MCA sedangkan ia berpihak kepada Umno. Ia sama seperti mengundi parti nasionalis Melayu.”

Beliau berkata MCA perlu berusaha tonjolkan imejnya dan mula bersuara.

Kecuali jika ada pembaharuan dalam parti, MCA akan tetap tempang walaupun berada dalam gabungan yang berkuasa.

Politik perkauman sudah lapuk

Jurucakap MCA, Chan Quin Er berkata walaupun parti itu bergerak mengikut garis perkauman, namun pintunya tetap terbuka untuk mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

“Sikap umum MCA sentiasa tentang bagaimana kami dapat penuhi jurang dalam berkhidmat dalam kerajaan, memanfaatkan tugas kami untuk terus fokus dalam melayani keperluan masyarakat dan sentiasa membuka pintu untuk setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan melalui banyak cara.

“Ini bukan kedudukan yang diambil MCA sebab telah ‘hilang sokongan’ orang Cina sejak 2018 - ini adalah fakta MCA tidak pernah pilih kasih antara kaum - baik dengan mengutamakan kaum tertentu atau mengabaikan yang lain,” katanya.

MCA juga percaya ia menjadi mangsa propaganda DAP yang berjaya mengalih pandangan pengundi.

Bagaimanapun, menurut sumber dalam parti, setelah perubahan kerajaan sebanyak tiga kali, pengundi Cina lebih bersedia untuk menilai prestasi DAP.

“90% penyokong DAP adalah kerana masyarakat Cina yang membuatkan mereka menang 42 kerusi. Walaupun begitu, mereka tunjuk prestasi teruk berbanding MCA yang hanya mendapat sokongan 10%.

“Kami yakin pengundi Cina sedar dan tidak akan beri peluang kepada DAP lagi.” – 8 September, 2021.


CHINA MERAH

MASIH RAPAT

DENGAN UMNO

AMIN

CHINA MERAH

PASANG  TAJUR

UNTUK PANCING 

PARTI DAP

AMIN

KITA LIHAT 

APA AKAN JADI

KHALAS



2 ulasan:

  1. Susah china merah nak pancing dap,psl ada abam. China merah bule china doll,kalu nak anak ikan depa kene import

    BalasPadam
  2. amarika nak nuar ... china nak najib..
    dua2 kita nak sumbat dalam penjara.. kah kah kah

    BalasPadam