BERITA
TUNGGANG
LANGGANG
AMIN
Polis buka siasatan penyebar video, mesej lucah babitkan pendakwah
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuka satu kertas siasatan terhadap penyebar video dan mesej lucah tular di aplikasi Telegram, yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Semalam, tular tiga buah video di aplikasi Telegram memaparkan wajah mirip pendakwah berkenaan bersama beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan. – Bernama, 23 September, 2021.
panglimo suko pendakwah ni... kah kah kah.
BalasPadam