Jumaat, 10 September 2021

BERKHALWAT HARI KE 542

 



KHALWAT KE 542
JUMAAT  10/9/2021
KITA MASUK KE HARI 542
BERKHALWAT

PKP 4.0
MASIH TENAT
YANG TEWAS PUN RAMAI
ADA DIHOSPITAL
ADA DI RUMAH

YANG GUGUR DI RUMAH
KIRA MACAM MANA?
JENG JENG JENG

POLITIK
MACAM DAH REDA
TAPI 
DUA  PEMIMPIN ISLAM
SEDANG DI ZALIMI

NAJIB NAK DIMUFLISKAN
ANWAR KENA JAWAB
SAMAN YUSOF RAWTHER
AMIN

PAGI INI HOKKIEN MALAP
MATAHARI TAK ADA
LANGIT KELAM
AWAN KELABU

KL & KL SENTRAL BERJEREBU
TAPI DERAMAN KERETA
TAK BISING

UNGGAS  TAK CERIA
HANYA CENGKERIK
YANG BERSIMPONI
SEPANJANG JALAN

GUA PERHATIKAN
BANGLO TEMPUA
DI POKOK MENGKUDU
TAK BERGERAK
SUDAH DI TINGGALKAN

GUA TAK FAHAM
 RUMAH DAH SIAP
KEMUDIAN SEMUA LARI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM MEMULAKAN
PAGI KITA INI

KEHEBATAN DALAM HIDUP INI
BUKAN KERANA
 TAK PERNAH JATUH GAGAL
TAPI
AKAN BANGUN
 SETIAP KALI JATUH

JANGAN TERPERANGKAP
DENGAN DOGMA
INI HASIL PEMIKIRAN ORANG LAIN
JANGAN BUANG MASA
LAYARI HIDUP SENDIRI

MASA DEPAN INI
ADALAH MILIK
MEREKA YANG YAKIN
PADA IMPIAN INDAH MEREKA

BRO
KETIKA KITA DALAM
GELAP GULITA
SEMUA  TUMPUAN KITA KEPADA
 MENCARI
CAHAYA

AKHIRNYA
BUKAN BERAPA  TAHUN
KITA DI DUNIA
TAPI 
APA PENGISIAN TAHUN TAHUN ITU

HIDUP INI
BERKORBAN UNTUK
YANG LAIN ADALAH HIDUP
YANG BERMAKNA

CARA TERBAIK
UNTUK MEMULAKAN APA SAJA
IALAH BERHENTI BERCAKAP
DAN
MULAKAN MEMBUAT

BRO
JIKA  TUJUAN KITA
TAK GILA BABI TINGGI
TAPI
BILA KITA GAGAL
KITA MASIH MENGATASI
KEJAYAAN ORANG LAIN

BRO
KITA HIDUP INI SEKALI
JIKA KITA LAKUKAN DENGAN BAIK
SEKALI PUN DAH CUKUP

BRO
CINTAI KEHIDUPAN  YANG DILAYARI
LAYARI KEHIDUPAN
YANG DI CINTAI

MAKIN KUAT KITA BERUSAHA
MAKIN BANYAK NASIB BAIK SAMPAI

BRO
RAMAI KITA INI
TAK MELAYARI IMPIAN HIDUP
TAPI
MELAYARI HIDUP DIPAGAR TAKUT

UNTUK KEJAYAAN
KITA TAK PERLU
BUAT TANGGUHAN
DAN ALASAN

BIAR MATI DALAM KEBERAHIAN
DARI MATI DARI KEBOSANAN

APA SAJA DALAM
FIKIRAN MINDA MANUSIA
PEKARA ITU
AKAN DAPAT  DIWUJUDKAN

BRO
APA YANG LU BERAHIKAN ITU
WUJUD
DI BELAKANG KETAKUTAN

BRO
KEJAYAAN INI AKAN SAMPAI
PADA SOSOK
YANG TERLALU SIBUK
UNTUK MENCARINYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT




Tiada ulasan:

Catat Ulasan