HURU HARA
I GOD DE NUMBO
GAGAL
KAH KAH KAH
KANTOI MELESET
KAH KAH KAH
LALU TANDA
TANGAN
KAH KAH KAH
Kerajaan, Pakatan meterai MoU stabilkan politik untuk pemulihan negara
PENTADBIRAN Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan memeterai satu perjanjian untuk merintis kestabilan politik di tengah usaha menangani penularan Covid-19 dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik.
Perjanjian yang dinamakan memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik itu merangkumi enam perkara, didahului pemerkasaan pelan Covid-19.
Ia turut menyenaraikan persefahaman mengenai perubahan institusi melibatkan transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, dan kebebasan institusi kehakiman.
Dua lagi perkara yang dipersetujui menyentuh Perjanjian Malaysia 1963 serta pembentukan sebuah jawatankuasa pemandu.
“Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif,” kata perdana menteri dalam satu kenyataan.
Memorandum berkenaan ditandatangani di bangunan Parlimen hari ini, disaksikan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim.
Wakil pembangkang yang hadir terdiri daripada Anwar Ibrahim (Port Dickson), Lim Guan Eng (Bagan), Mohamad Sabu (Kota Raja), Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Anthony Loke (Seremban) dan Salahuddin Ayub (Pulai).
Turut hadir Annuar Musa (Ketereh) dan Senator Donald Peter Mojuntin.
Tambahnya, ia akan mendorong tadbir urus cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, selain menarik pelaburan.
Ismail juga berkata, memorandum tersebut membentuk kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap dengan semangat Keluarga Malaysia yang dipromosinya.
Ia juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya pemimpin politik mengamalkan musyawarah untuk menyelesaikan masalah negara, katanya.
Perkara itu dinyatakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dalam titah ucapan semasa pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 hari ini.
Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan menandatangani dokumen itu untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam meluluskan rang undang-undang dan belanjawan.
Sebagai balasan, kerajaan akan melaksana dasar membantu rakyat, membawa pembaharuan dalam pentadbiran negara serta memperkukuhkan institusi Parlimen.
Persefahaman itu dicapai malam tadi hasil rundingan beberapa pusingan antara wakil kerajaan dan PH, sejak pertemuan tiga pemimpin parti dalam gabungan itu dengan Ismail Sabri pada 25 Ogos.
Pemimpin PH juga menegaskan, persefahaman itu tidak bermaksud mereka menyertai kerajaan. – 13 September, 2021.
Akhirnya ph bang non dan 3 stooges merangkak tadah tangan. Apa mesej utama?
BalasPadam1. Ph akhirnya terpaksa akur dan mengabsahkan wujudnya PN.
2. Bang non dan pkr akhirnya akui tindakan azmin bikin PN adalah betul kerna akhirnya mereka nak tanak terpkasa buat persefahamamamam.
3. Ismail aje yg dapat tundukan bang non dgn gula2 pembangkang bertaf menteri. Dapat gaji.kihkih
4. Semua ni terjadi kerna salah strategi bangang bang non yg nak naik piyem.kahkahkahkahkah