Selasa, 21 September 2021

BUKAN TUGAS KITA JAGA MORAL

 

BUKAN TUGAS

ORANG RAMAI

JAGA MORAL

AMIN

JUGA BUKAN

TUGAS POLIS

JAGA MORAL

AMIN


2 anggota polis antara 14 ditahan berparti liar

DUA anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan, di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif berkata tujuh lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun  ditahan dalam operasi pada  9.30 malam itu juga positif dadah jenis ketamin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis turut menjumpai dadah jenis ketamin seberat kira-kira 5.56 gram dianggarkan bernilai RM834.

“Hasil semakan lanjut identiti pengunjung mendapati dua lelaki yang ditahan adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan dari Cawangan Tugas Am.

“Penganjur parti liar itu adalah seorang lelaki berusia 39 tahun dan pengunjung dijemput hadir melalui panggilan telefon oleh penganjur di kondominium mewah yang disewa dengan harga RM220 sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahar berkata semua pengunjung telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mereka turut disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) kerana memiliki dadah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti parti liar.

“Pihak pengurusan hotel, servis apartment dan kondominium dimohon memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ini. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi balai polis berdekatan,” katanya. – Bernama, 20 September, 2021. 


PDRM

SEDIA BERKHIDMAT

UNTUK MENJAGA

KESELAMATAN

ORANG RAMAI

BUKAN JAGA

MORAL

 ORANG RAMAI

AMIN

MORAL BERBEZA

PELBAGAI BEZA

AMIN

DI  SIAM

KETUM HALAL

AMIN

DI BELANDA

GANJA HALAL

AMIN

NAK JAGA 

MORAL APA

AMIN

MALAYSIA ADA

30 JUTA WARGA

ADA 30 JUTA

JENIS MORAL

NAK JAGA 

MACAM MANA 

KHALAS 

ADA BANYAK 

TUGAS LAIN UNTUK NEGARA

KHALAS



2 ulasan:

  1. Apo hokoman yg akan di terima oleh polis yg berparti yang melibatkan dadah dan pantat haram ni ..biasa nye tukar balai je ..ini baru adil ..sebab semalan di parlimen anak aruah Karpal dedahkan yg pegawai atasan Polis dan BPR masih tak di usik walau pun terlibat dingan Kartel Dadah dan nyeludupan ..kalau suara perlimen pon tak sapa pedulik apa lagi suara Paria ..

    BalasPadam
  2. Gerombolan yang sengaja menggunakan
    isu penjagaan moral kononnya untuk mempertahankan agama dan bangsa tetapi sebenarnya memperbodohkan mereka yang ketakutan dengan azab neraka dan tidak dapat membau surga untuk meraih undi bagi berkuasa supaya dapat membolot semua kemudahan untuk kepentingan diri dan hasil dari ini jelas menunjukkan mereka sendiri tidak bermoral

    BalasPadam