Selasa, 7 September 2021

CARMA FAHAM TAK ?

 

WOIT

INI KES CARMA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

TAHU CARMA

KAH KAH KAH



Undi percaya PM: Kesimpulan Peguam Negara tidak masuk akal

KAMI, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, membalas kenyataan Peguam Negara (AG) Idrus Harun pada 4 September 2021. AG merujuk kepada penggunaan Perkara 40(2) (a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan membuat dua kesimpulan:

(a) Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik perdana menteri adalah kuasa mutlak; dan

(b) Sebarang langkah oleh Dewan Rakyat untuk mengesahkan apakah Perdana Menteri Ismail Sabri memiliki kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat melalui undi terus di Dewan akan menjadi tindakan untuk mengatasi apa yang yang didakwa sebagai kuasa mutlak YDPA.


Dengan penuh hormat terhadap Pejabat AG kesimpulan oleh Idrus Harun itu tidak masuk akal. 


Perkara ini bertentangan dengan semangat demokrasi berperlembagaan Malaysia dan memalukan Pejabat AG. 

Berdasarkan hal yang sama, masyarakat umum wajar mengetahui nasihat Idrus Harun kepada kerajaan dan YDPA mengenai beberapa isu-isu ini:

Pertama, adakah kedudukan Idrus Harun bahawa Malaysia diperintah oleh Raja yang berkuasa mutlak? 

Seperti yang diketahui oleh setiap rakyat Malaysia, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan, di mana tidak ada institusi yang mempunyai kuasa mutlak – sama ada Raja Berperlembagaan, Eksekutif, Parlimen atau badan Kehakiman. 

Semua institusi ini melaksanakan kuasa berdasarkan had yang ditetapkan di bawah Perlembagaan, prinsip-prinsip demokrasi Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

YDPA sendiri telah menekankan hal ini kepada kerajaan beberapa kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan kami merujuk misalnya kenyataan daripada Istana Negara pada 29 Julai 2021 dan 18 Ogos 2021. 

Seperti yang dijelaskan oleh para pakar terkemuka, kebijaksanaan Raja Berperlembagaan berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) adalah “budi bicara terkawal” kerana “tidak ada budi bicara yang mutlak dan ianya harus dilaksanakan sesuai dengan parameter undang-undang dan konvensyen. ” (Faruqi 2020, hlm. 6).

Kedua, adakah Idrus Harun membantah kuasa dan autoriti Dewan Rakyat yang berdasarkan Perlembagaan dan prinsip demokrasi yang termaktub untuk membentuk dan menukar kerajaan melalui, antara lain, usul percaya dan tidak percaya? 

Bahkan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar lwn Zambry bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Raus Sharif JCA (ketika itu) di mahkamah rayuan bahawa sementara Raja Berperlembagaan boleh bergantung kepada bukti luaran selain daripada undi di dalam badan perundangan untuk menentukan persoalan kepercayaan, “pengundian langsung di dalam [badan perundangan] adalah ideal” (Mohammad Nizar bin Jamaluddin lwn Zambry bin Abdul Kadir (AG, pencelah) [2010] 2 MLJ 285, pada 307 [47 - 48]).

Jelas daripada kenyataan Istana Negara pada 18 Ogos 2021 bahawa YDPA sangat menyedari hakikat ini dan peranan Perlembagaan Parlimen, kerana baginda secara tegas menitahkan bahawa Perdana Menteri baru “hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”.

Ketiga, dengan cubaan menggambarkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sebagai satu pelaksanaan “kuasa mutlak” YDPA yang tidak tertakluk kepada undi percaya, adakah Idrus Harun sebenarnya mengambil pendirian bahawa titah oleh YDPA dalam kenyataan pada 18 Ogos 2021 adalah tidak berperlembagaan atau tidak boleh diikuti?

Keempat, adakah Idrus Harun menyanggah prinsip asas demokrasi berparlimen yang tertanam dalam semangat jika tidak dengan perkataan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)-(4) bahawa kewajiban Perdana Menteri untuk mengekalkan kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat adalah kewajiban berterusan sepanjang tempoh jawatannya? 

Dan bahawa, Dewan Rakyat turut sama memegang atau mengekalkan kuasa dan autoriti untuk menyatakan kepercayaan atau hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri selama mana memegang jawatannya? 

Dengan kata lain, sebarang langkah pada masa akan datang oleh anggota Dewan Rakyat untuk menguji kepercayaan terhadap Perdana Menteri sama ada semasa sidang pada bulan September, Oktober, November atau Disember sama sekali tidak ada kaitan dengan pelantikan Perdana Menteri oleh Agong pada Ogos.

Kelima, dengan cubaan menggambarkan pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sebagai menjalankan “kuasa mutlak” YDPA yang tidak tertakluk kepada undi percaya, adakah Idrus Harun cuba untuk menekan ekspresi pendapat dan tindakan sah yang mungkin diambil mengenai perkara tersebut?

Sementara kita menunggu jawapan daripada AG, kita sangat sedar bahawa di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Peraturan Mesyuaratnya, Dewan Rakyat boleh untuk memanggil mana-mana orang di hadapan mereka, yang termasuk AG, untuk menjawab soalan dan menjelaskan pendirian mereka mengenai perkara-perkara yang mengancam atau mempersoalkan kuasa, hak dan keistimewaan Dewan Majlis. 

Pendirian AG yang tidak dapat dipertahankan mengenai sistem pemerintahan di Malaysia - bahawa Raja bersifat mutlak dan bukannya berperlembagaan - dipersoal kelayakannya untuk jawatan tersebut. 

Kekeliruan fundamental pada tahap tinggi seperti itu pasti akan menimbulkan halangan dan pengalihan tumpuan yang tidak perlu kepada agenda perundangan dan tadbir urus kerajaan.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti. – 6 September, 2021.

* Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional

Ditandatangani oleh: 

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
2. Bait Al-Amanah
3. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
4. Engage
5. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
6. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)

MUSTAHIL

MAT CARMA

BERANI LAWAN

TOWKAY

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan