Sabtu, 25 September 2021

DIJADIKAN HAMBA ABDI

 



Pekerja Indonesia tidak bergaji selama 3 tahun diselamatkan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja wanita warganegara Indonesia yang menjadi mangsa buruh paksa di Perak telah diselamatkan selepas mendapat aduan dan maklumat daripada pihak Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur pada 20 September 2021 yang lalu.

Risikan yang telah dijalankan pada 20 hingga 21 September 2021 mendapati kediaman dan tempat pekerjaan mangsa wujud di satu kawasan terpencil dan jauh daripada kediaman lain di Ayer Tawar, Perak.

Kementerian Sumber Manusia (KSM)  berkata, hasil risikan yang dijalankan telah membawa kepada operasi menyelamat mangsa pada 23 September 2021 yang diketuai oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ibu pejabat dan JTK Perak dengan kerjasama pasukan Task Force MAPO dan juga pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari IPD Daerah Manjung.

Operasi menyelamat dilaksanakan pada jam 6.50 pagi.

Mangsa mengesahkan telah memasuki Malaysia secara sah dengan permit kerja sebagai pembantu rumah pada Jun 2003 melalui seorang agen yang dikenalinya.


Selepas mendapat pekerjaan, gaji mangsa telah dipotong selama empat bulan dengan berjumlah RM350 sebulan sebagai kos bayaran kepada agen tersebut.

Namun mangsa tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung perkara ini kerana menyerahkan semuanya kepada agen dan dia mengakui tiada sebarang kontrak perjanjian bertulis dibuat berhubung proses penggajian termasuklah bayaran kepada agen berkenaan.

”Siasatan awal jelas menunjukkan mangsa yang telah tamat tempoh sah permit pada Jun 2020 diklasifikasikan sebagai buruh paksa dengan wujudnya beberapa indikator yang digunakan dalam mengenalpasti seseorang pekerja itu adalah buruh paksa atau bukan.

”Gaji mangsa tidak dibayar untuk tempoh tiga tahun dari 2018 hingga 2021 dan berjumlah lebih kurang RM25,000 (RM700 x 3 tahun).

”Majikan/suspek juga mengeksploitasi mangsa dengan ugutan beliau bukan pekerja sah dan sering kali memarahi mangsa sekiranya ingin kembali ke negara asal.

”Bahkan mangsa pernah dikasari secara fizikal iaitu disepak pada bahagian muka apabila mangsa meminta baki gaji yang tertunggak,” kata kementerian itu lagi.

Menurut KSM, kesemua situasi yang dihadapi oleh mangsa merupakan indikator kukuh yang menunjukkan majikan/suspek telah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Mangsa yang diselamatkan masih dalam trauma dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Zon Tengah di Damansara selepas mangsa diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) oleh Mahkamah Magistret Sri Manjung pada tarikh sama dia diselamatkan.

IPO tersebut untuk tempoh 21 hari iaitu sehingga 13 Oktober 2021 bagi melengkapkan satu kertas siasatan di bawah Akta ATIPSOM 2007 yang dikendalikan oleh JTK, dan seterusnya akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi semakan dan membuat keputusan.

KSM menambah, operasi menyelamatkan pekerja warga Indonesia tersebut jelas menunjukkan negara tidak akan sesekali berkompromi dalam isu buruh paksa tanpa mengira kewarganegaraan pekerja terbabit. –


Anggita Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerjasama
 pasukan Task Force MAPO dan 
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan 
bagi menyelamatkan seorang 
buruh paksa Indonesia di sebuah
 kediaman di Ayer Tawar, Perak.

BERITA TEMPANG

AMIN

TAHNIAH KERANA

SELAMATKAN

AMIN

SEMUA LENGKAP

ADA RISIKAN

ADA MAKLUMAT

VISA KERJA

AMIN

TAPI TAK 

DI TANGKAP

MAJIKAN

AMIN

TAK ADA TAHU

SAPA YANG

JADIKAN SOSOK

INI HAMBA ABDI

AMIN

INI YANG PELIK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan