Isnin, 27 September 2021

JERUNG MAKAN CUKONG

 



Gangguan polis terhadap pelarian meningkat, KPN janji ambil tindakan

DI SEBALIK masalah pandemik Covid-19 berterusan menimpa rakyat Malaysia, pelarian di negara ini berada dalam peperangan berbeza – mereka mendakwa terpaksa berdepan dengan gangguan anggota polis.

Bercakap mengenai keadaan kumpulan terbabit, seorang pelarian yang enggan namanya didedahkan memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka takut untuk keluar dalam tempoh ini terutama sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Pelarian ini yang kebanyakannya berasal dari Kuala Lumpur berkata walaupun membawa kad Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) namun ia bukannya tiket terlepas daripada gangguan pihak berkuasa.

Kumpulan masyarakat sivil turut mengecam tindakan yang dilakukan ke atas pelarian itu, malah Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berjanji akan mengambil tindakan keras terhadap anggotanya yang bermasalah.

Seorang lelaki berusia lewat 20 tahun, yang telah menetap di Malaysia sebagai pelarian selama hampir 10 tahun mendedahkan dia diancam akan ditangkap dalam ‘pemeriksaan mengejut’ baru-baru ini oleh dua pegawai polis yang melakukan rondaan harian di pusat bandar.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia awal 20 tahun yang berjuang dengan masalah tekanan pasca trauma (PTSD) akibat perang di negara asalnya ketika masih kecil, mendakwa diserang seorang pegawai polis baru-baru ini dan wangnya dirampas.

The Malaysian Insight mendapati sebahagian besar gangguan ini dilakukan anggota polis yang bertugas ketika menjalankan rondaan.

“Saya ditahan baru-baru ini oleh peronda polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Ampang. Saya menunjukkan kad UNHCR kepada pegawai itu tetapi ia tidak menghalang mereka untuk bertindak lebih agresif terhadap saya.

“Setelah mengetahui bahawa saya adalah pelarian, saya diancam akan ditangkap dan mendakwa saya telah melanggar undang-undang.

“Saya panik kerana saya yakin bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Akhirnya, mereka meminta wang, dan saya tidak punyai pilihan lain,” kata seorang pelarian berasal dari Myanmar.

Lelaki itu berkata sejak tiba di Malaysia pada 2012, dia telah ditahan dan diganggu oleh polis lebih 20 kali.

“Setiap kali ditahan, mereka akan meminta wang. Pernah satu ketika saya hanya mempunyai RM50, mereka mengambil dompet dan wang saya. Tidak ada apa yang boleh saya lakukan.

“Adalah perkara biasa bagi pelarian diganggu pihak polis. Saya diberitahu oleh seorang rakan, lebih baik menyerah daripada berusaha membela hak kita. Saya mengikuti nasihat rakan saya,” kata lelaki itu. – 27 September, 2021.

BUKAN SATU

YANG PELIK

KAH KAH KAH

JERUNG MAKAN

CUKONG

KAH KAH KAH

BILIS MAKAN 

PELARIAN BURMA

KAH KAH KAH

50 RINGGIT DARI

MAT MYANMAR

KAH KAH KAH

50 RIBU DARI 

TOWKAY LENDIR

KAH KAH KAH

5 JUTA DARI

TOKAN DADAH

AMIN

INI NAMANYA

REZEKI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan