Selasa, 14 September 2021

KALAU ZAHID NAJIB MASUK PENJARA


NO ANWAR

NO DAP

AMIN

INI DASAR

MASA  ZAHID

PRESIDEN

AMIN

JIKA ZAHID

MASUK PENJARA

DASAR BARU KE?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH




MoU dengan Pakatan tidak ubah dasar politik Umno, kata Shahril Hamdan


PENDIRIAN Umno menolak kerjasama dengan Anwar Ibrahim, DAP, dan Bersatu untuk pilihan raya umum akan datang tidak berubah walaupun kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membuat persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH), kata Shahril Hamdan.

Ketua Penerangan Umno berkata memorandum persefahaman (MoU) itu hanya untuk kestabilan politik Malaysia di tengah pandemik Covid-19, dan “tidak lebih, tidak kurang.”

“Persefahaman ini bukan kerjasama untuk berkongsi kuasa dengan PH, jauh sekali untuk mengangkat mereka menerajui negara. 

“Ia untuk kestabilan politik pada situasi unik sekarang; buat masa sekarang, tidak lebih, tidak kurang dari itu,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Shahril menjelaskan pendirian politik yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 hanya boleh diubah oleh perhimpunan agung atau Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Beliau turut mengingatkan tanggapan politik saling curiga antara kerajaan dan pembangkang tidak hilang sekelip mata.

Kedua-dua pihak akan saling memerhatikan tindakan satu sama lain, dan beliau mengingatkan kerajaan agar waspada.

“Ia bukan lesen untuk selesa di tampuk kuasa menganggap takkan dikritik mahupun dibangkang,” katanya.

Namun Shahril mengakui persefahaman kerajaan dan pembangkang akan menguntung rakyat, yang seterusnya akan tetap menilai prestasi kerajaan, termasuk Umno.

“Persefahaman apa sekalipun, jika Kerajaan tidak menggunakan peluang yang ada berkhidmat dengan baik, Umno juga yang akan dihukum PRU15. 

“Namun, jika Kerajaan berprestasi cemerlang, imej Umno juga meningkat,” katanya.

Semalam, PH memeterai MoU transformasi dan kestabilan politik dengan kerajaan, yang merangkumi antara lain pemerkasaan pelan Covid-19.

Sebagai timbal balasnya, PH tidak akan menolak kerajaan dalam undian kritikal di Dewan Rakyat termasuk belanjawan sementara kerajaan mengusahakan beberapa pembaharuan yang dicadangkan oleh PH sebelum ini.

Kerajaan juga setuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum Julai 2022.

MoU itu bagaimanapun tidak menjejaskan peranan pembangkang untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan.

Kerajaan dan PH juga setuju mendedahkan kepada umum seluruh persefahaman tersebut, yang boleh diakses di laman web Parlimen. – 14 September, 2021.


SABRI AKAN

USAHA UNTUK

AMBIL ALIH UMNO

KHALAS

AKAN KAUTIM

DENGAN ANWAR

AMIN

ANWAR AKAN

KENCING  

ANAK  MURID

BERNAMA ZAHID

AMIN

INI POLITIK

NAMANYA 

TAK ADA MUSUH

TETAP 

AMIN 

HANYA ADA

 KEPENTINGAN 

NAK JADI PM

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan