Jho Low antara yang hadir mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB – Saks
KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lim Poh Seng mendakwa Jho Low pernah menghadiri mesyuarat khas Lembaga Pengarah yang diadakan di Hotek Royale Bintang Damansara, dekat sini.
Kata Poh Seng, melalui minit mesyuarat yang disahkannya, antara yang hadir ketika itu ialah bekas Pengarah 1MDB, antaranya Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, k Shahrol Azral Ibrahim (bekas Ketua Eksekutif 1MDB) dan Azlan Zainol serta Casey Tang Keng Chee.
“Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Mohd Bakke Salleh dan ianya juga turut dihadiri oleh Jho Low.
“Tetapi pada hari itu saya telah ambil cuti sakit dan tidak dapat hadirkan diri dan minit mesyuarat telah disediakan oleh Kelvin sebelum diserahkan kepada saya selepas itu,” katanya di sini, hari ini.
Saksi kesembilan itu menyatakan demikian pada perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.
Poh Seng menjawat jawatan Setiausaha 1MDB pada 2009 hingga 2011 ketika nama syarikat itu masih lagi Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).
Poh Seng memberitahu, beliau pernah berjumpa Jho Low pada mesyuarat 1MDB tetapi tidak ingat berkaitan ahli perniagaan itu.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram adalah beliau terkejut Jho Low ada dalam mesyuarat 1MDB, Poh Seng berkata: “Tidak, saya tidak terkejut,”.
Najib yang merupakan bekas Perdana Menterui, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir 1MDB, sebelum diserahkan kepada PAC, bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.
Arul Kanda pula dituduh bersubahat dengan Najib, bagi membantu mengelakkan bekas Perdana Menteri itu dikenakan sebarang tindakan.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum, serta denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, atau mana-mana nilai lebih tinggi.
Media melaporkan sebelum ini bahawa mesyuarat itu dilakukan di pejabat bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, di mana beberapa keputusan untuk membuang perenggan tertentu dalam laporan audit itu dilakukan, termasuk memadamkan dua kenyataan kewangan 1MDB yang bercanggah antara satu sama lain.
Selain itu media melaporkan, pada 22 Februari 2016, Najib didakwa telah mengadakan mesyuarat dengan Ali, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Shukry Salleh untuk membincangkan penemuan dalam audit 1MDB.
Turut dilaporkan, pertemuan pada 24 Februari 2016 mengakibatkan pindaan terhadap empat item, termasuk dua laporan kewangan 1MDB yang bercanggah pada 2014.
Prosiding akan bersambung esok dengan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry Salleh memberikan keterangan. – \
Tiada ulasan:
Catat Ulasan