Sabtu, 11 September 2021

KHURAFAT INI DUDUK DIMANA ?

 

WOIT

TEBANG POKOK

BESAR DALAM

HUTAN DARA

 GUA MUSANG

KHURAFAT

 KE TIDAK

AMIN


Hentikan aktiviti khurafat

 di Gunung Jerai, 

kata menteri agama
SEGALA aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Idris Ahmad berkata kegiatan itu juga boleh mengundang “bala” kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Sebab itu ada sahabat tanya kepada Nabi (Muhammad) SAW, adakah kami orang baik akan kena juga kalau datang bala dan Nabi kata ya, termasuk juga kamu…cuma esok bila dibangkitkan, mereka akan dibangkitkan berdasarkan kepada niat mereka.

“Iaitu maksudnya orang baik akan dibangkitkan dalam keadaan baik manakala orang yang buat benda tidak baik, mereka akan terima hukuman,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kesan banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di Yan, hari ini.

Idris turut menyampaikan sumbangan akibat bencana itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)/ Yayasan Taqwa bernilai RM516,600.

Pada 22 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.

Malah, sebilangan penduduk dilaporkan menganggap bencana yang melanda daerah Yan dan Kuala Muda itu merupakan “amaran” kepada mereka yang terlibat supaya menghentikan perbuatan berkenaan.

Aktiviti seperti bertapa dan memuja nombor ekor selain mandi bunga dikatakan banyak dilakukan mereka tidak bertanggungjawab terutama di kawasan Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan, Idris percaya bahawa pihak Jabatan Agama Islam Negeri akan bertindak sebaik mungkin untuk menghalang perbuatan itu daripada terus berleluasa. – Bernama, 11 September, 2021. 


WOIT

PUJA NUMBO

KAH KAH KAH

HAL NUMBO NI

LU KENA TANYA

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

KALAU TAK LEH

MANDI BUNGA

BANYAK ANAK

DARA KEDAH

TAK LAKU

KAH KAH KAH 

PELACUR  TAK

 MANDI BUNGA 

PUN TAK LAKU

KAH KAH KAH




2 ulasan:

  1. Parti yang mendewa-dewakan Hadi tu khurafat ke tak? Kah! Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam
  2. Contoh khurafat ..bilo bolaku banjir kito kato ini di sobabkan activity mombalak ..ini kompom khurafat. Banjir berlaku dengan kuasa Tohan dan penyebab nye adalah Kopalo Air ..

    BalasPadam