RIFIZI NURUL
TAHU HAL GOTU
AMIN
RAFIZI NURUL
TAHU MASALAH
ANWAR
AMIN
Ahli politik muda tidak tonjolkan diri ganti pemimpin tua, kata penganalisis
PARTI politik di Malaysia tidak banyak pilihan kecuali menampilkan pemimpin warga emas sebagai calon untuk menerajui negara kerana generasi muda tidak diangkat menjadi pelapis generasi lama, kata pemerhati politik.
Mereka berkata demikian ketika mengulas isu Pakatan Harapan (PH) yang sekali lagi menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri walaupun banyak pihak meminta beliau digantikan dengan muka baharu.
Kata mereka lagi, Anwar yang juga presiden PKR sudah berulang kali mendakwa beliau mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan, tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan.
Pengarah Program Iman Research Badrul Hisham Ismail berkata pemimpin muda dalam PH tidak menonjolkan diri mereka sebagai pengganti Anwar, menyebabkan blok pembangkang tiada pilihan selain menamakan veteran 74 tahun itu berulang kali.
“Dia dah tua tapi bukan dia sahaja yang tua. Semua parti diterajui lelaki tua. Pas, Amanah, DAP, Umno, PKR,” kata Badrul Hisham.
“Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Pejuang) sudah berusia 96 tahun dan masih dianggap sebagai satu-satunya yang boleh memimpin negara.
“Masalahnya di sini adalah orang muda dalam politik tidak menonjolkan diri mereka ke hadapan, mereka tak cuba ambil peluang dan menyebabkan orang lama terus memimpin.”
Badrul Hisham menamakan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah sebagai dua calon berpotensi tetapi pada masa sama mempersoalkan keberadaan mereka sekarang.
“Rafizi kata dia tak mahu terlibat dalam politik, sama dengan Izzah. Mereka mengalah sebelum mencuba. Orang muda perlu ke depan, mereka tak boleh harap nama mereka dicalonkan tanpa mencuba,” katanya.
Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian turut bersetuju dengan pandangan itu, berkata sistem diguna pakai Malaysia tidak membuka ruang kepada generasi muda dalam politik untuk bergerak ke hadapan.
“Itu sajalah yang mereka ada. Anwar satu-satunya calon mereka. Di negara kita, sistemnya adalah ketua parti akan jadi perdana menteri.
“Dr Mahathir, Ahmad Zahid Hamidi, Hadi Awang antaranya. Inilah saja yang kita ada. Tetapi, pastinya mereka boleh letak nama baharu, apa yang mereka perlu buat hanyalah namakan orang baharu dan muda, tetapi itu tidak berlaku,” kata Ibrahim.
Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang berkata Anwar adalah calon terbaik yang Malaysia ada untuk perdana menteri tetapi ahli Parlimen Port Dickson itu perlu membuktikan kekuatannya menerusi pilihan raya.
“Saya tak sembunyikan pendirian saya yang perdana menteri terbaik untuk Malaysia hari ini adalah Anwar Ibrahim dan bukanya orang lain sama ada Muhyiddin (bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin) atau Ismail Sabri (perdana menteri semasa Ismail Sabri Yaakob).
“Saya, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan mereka yang percaya Anwar masih berpeluang untuk menjadi perdana menteri menerusi permainan angka (sokongan),” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
Pada pertengahan Ogos lalu, PH serta parti pembangkang lain menamakan Anwar sebagai perdana menteri susulan perletakan jawatan Muhyiddin.
Bagaimanapun, Anwar gagal mengalahkan Ismail Sabri yang menerima 114 sokongan ahli Parlimen.
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia, sekali lagi menghancurkan impian Anwar yang hanya meraih 105 sokongan ahli Parlimen.
Situasi yang bukan kali pertama berlaku apabila Anwar gagal membuktikan beliau cukup sokongan wakil rakyat untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan.
Pada September tahun lepas, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kuat dan kukuh di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak disertakan bukti sokongan, menyebabkan Muhyiddin diangkat jadi perdana menteri.
Badrul Hisham memberitahu The Malaysian Insight yang Anwar mungkin masih disokong rakyat untuk menerajui pembangkang mengharungi pilihan raya.
“Dia masih berpengaruh, dalam kalangan politikus dan orang politik, masih ada (pengaruh). (Dalam kalangan) Rakyat juga, saya rasa dia ada sokongan,” katanya.
Selepas PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Anwar sepatutnya menggantikan Dr Mahathir dari Bersatu sebagai perdana menteri dalam pelan peralihan kuasa dimeterai empat parti PH ketika itu- PKR, DAP, Bersatu dan Amanah.
Bagaimanapun semua perancangan hancur berkecai apabila Muhyiddin yang ketika itu menteri dalam negeri pentadbiran PH membuat keputusan menarik sokongan Bersatu daripada pakatan politik diangkat undi rakyat itu.
Dr Mahathir kemudiannya meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas mendakwa hilang sokongan ahli Parlimen.
Muhyiddin kemudiannya menerima kemasukan Azmin Ali- yang disingkir PKR- dan ahli Parlimen setia kepadanya ke dalam Bersatu, seterusnya membentuk Perikatan Nasional (PN) bersama PAS.
Umno juga memberikan sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin, walaupun parti serpihan Barisan Nasional itu tidak menyertai PN.
Krisis politik itu menumbangkan pentadbiran PH di Putrajaya yang hanya sempat mentadbir negara selama 22 bulan.
Ia juga mewujudkan desakan dalam PH yang mahu Anwar diganti dengan calon baharu yang lebih muda untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
PH perlu strategi baharu
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar pula berkata PH perlu menangani isu calon perdana menteri seberapa segera sebelum pilihan raya umum akan datang.
Beliau memetik kajian terbaru dilakukan Ilham Centre yang mendapati Anwar semakin hilang sokongan pengundi Cina dan PH perlu meneliti isu itu sebelum terlambat.
“Slogannya ‘saya ada sokongan’ sekarang jadi retorik disebabkan bila diberi peluang membuktikan nilainya, dia tak dapat buktikan,” kata Hisommudin.
“Pengundi bukan Melayu, Cina terutamanya, mahu paradigma baru dan ini disebut dalam media sosial mereka ketika kami jalankan kajian. Mereka mahu orang baharu jadi ketua.
“Jika PH tak tangani isu ini, ia akan beri kesan kepada mereka dalam pililhan raya. Pengundi Cina adalah kumpulan yang beri undi besar (dalam pilihan raya lepas) kepada mereka (PH). Jika mereka enggan keluar mengundi kali ini, PH akan berdepan masalah besar,” katanya.
Tambah Hisomuddin lagi, beliau telah memaklumkan situasi itu kepada pemimpin PH tetapi hanya menerima jawapan dingin.
“PH kata mereka tak ada masa untuk menamakan calon baharu kerana pilihan raya dah nak dekat dan Anwar adalah calon terbaik yang mereka ada. Saya fikir ini jawapan yang naif.
“Mereka perlukan strategi baharu dalam pilihan raya ini, tetapi jika mereka percaya strategi semasa mereka boleh buatkan mereka menang pilihan raya, teruskanlah,” katanya.
Pemerhati politik veteran Sayuti Omar, bagaimanapun, masih percaya Anwar adalah orang terbaik untuk jadi perdana menteri seterusnya.
Penulis politik ternama itu berkata PH boleh menang besar dalam pilihan raya akan datang jika dapat bekerjasama dengan parti pembangkang lain yang bukan dalam pakatan politik mereka.
“Satu perkara tentang PH adalah mereka bersatu. Jika mereka dapat bergabung dengan Pejuang, Warisan dan parti kecil lain mereka boleh menang besar,” kata Sayuti.
“Tak seperti Perikatan Nasional atau Barisan Nasional, masih berseteru terutamanya antara Umno dan Bersatu. Adakah mereka akan bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu atau akan ada pertandingan tiga penjuru.
“Anwar dengan karisma dan hubungan (baik) diplomatiknya dengan negara asing lain adalah pertaruhan terbaik kita. Pengalaman yang dia ada menonjolkannya berbanding orang lain,” katanya. – 1 September, 2021.
nuar punya citer gotu tak bes.. nak tau nurul ada hok gotu juga ke tak de ?.. tu je nak tau..
BalasPadamkalau ada hok gotu nurul.. payung la.. jangan makan sorang..
kah kah kah
Sapa umur 60 tahun diharamkan jadi pemimpin politik, bagi pencen terus, depa ini tak sedar diri, asal muka sama saja, sebab itu Malaysia tak boleh maju, tak boleh ke depan, asyik gottu gottu go Head go stand mampos lagu NIE Bro kah kah kah, set umur pencen, yang dah umur 90 tahun halau ke pulau Langkawi teruih lah kah kah kah tak habis habis sapu duit kiri kanan sampai masuk kubur lak mampooosss
BalasPadam