INI HUKUM
KOLONIAL
ANTI BAHAN ASLI
ANAK TEMPATAN
AMIN
KINI GANJA & KETUM
TERBUKTI BAIK
UNTUK KESEHATAN
AMIN
KUASA KOLONIAL
KINI MILIKI BENIH
MENANAM
DAN PATEN
KAJIAN
AMIN
MEREKA JADI
PENGELUAR UBAT
DARI
GANJA &KETUM
AMIN
KITA MASIH
DIPERANGKAP OLEH
UNDANG UNDANG
KOLONIAL
AMIN
Penghantar barang dihukum gantung edar kanabis
SEORANG penghantar barang tidak dapat menahan kesedihan selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 299.09 gram, tiga tahun lepas.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hafizul Rashid Emmy, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
“Setelah meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengenai pemilikan dadah berbahaya dan pembelaan juga gagal menyangkal ke atas keimbangan kebarangkalian anggapan mengedar di bawah Seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan dihadapinya. Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” kata hakim itu dalam penghakiman ringkasnya.
Seorang wanita dipercayai ahli keluarga tertuduh yang berada di galeri awam dilihat sebak selepas mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut.
Hafizul didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 299.09 gram di sebuah rumah di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 11.50 malam, 8 Mac 2018, mengikut Seksyen 38B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 15 sebatan.
Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Suzana Norlihan. – Bernama, 3 September, 202I
Pembawa lori kono hukum bunuh sobab bawak dadah ..tapi tak do sapo tanyo sapo tokeh dadah tu ..Cino ko, Molayu ko ..tokeh dadah tu sonang2 jadi jutawan ..penagih kono moli dadah dengan harga cekik darah ..mampos. Gwa rasa dah sampai masa kita suroh penagih jadi PETANI ..petani tanam ganja ..tanam ganja untuk tombolok sindiri ..benih Jab. Pertanian boley bagi subsidi ..syarat nye tanam sindiri isap sindiri. Lepas beberapa tahun Tokeh Dadah kompom tutop kodai.
BalasPadamundang2 kolonial+undang2 RIMBA
BalasPadam