APAKAH MERDEKA ATAU
RASUAH YANG
DIPERJUANGKAN ?
Tamrin Tun Ghafar
Rabu - 22/09/2021
1. " Saya JANGKA pada tahun 2020 , dan mungkin awal lagi orang Melayu akan tolak UMNO ; ini kerana masa itu pemimpin - pemimpin UMNO hanya berjuang untuk diri , bukan lagi untuk rakyat ; mereka berebut kuasa dan jawatan untuk kayakan diri dan keluarga " - itu lah AMARAN AWAL Dr. Mahathir agar pemimpin - pemimin UMNO disemua peringkat MENGHAPUSKAN amalan rasuah dikalangan mereka .
2. Jangkaan Dr. Mahathir yang disuarakan dihadapan ahli - ahli UMNO kira - kira 20 tahun SEBELUM Pilihanraya Umum 2018 TELAH MENJADI KENYATAAN
3. Buat pertama kali sejak Pilihanraya Umum pertama diadakan iaitu pada 27hb Julai 1955 orang Melayu MENOLAK UMNO / BN ; ini kerana sifat dan sikap Pemimpin UMNO yang SOMBONG , TAMAK DAN TIDAK PEDULI PERASAAN RAKYAT , mereka berlagu seperti 'DUNIA INI ANA YANG PUNYA' , di tambah pula ketika itu 'CASH IS KING '
4. SEJARAH HITAM tersebut berlaku pada hari Rabu 9hb Mei 2018
5. BUKAN MUDAH ibu bapa dan nenek moyang kita berjuang bagi membebaskan Tanahair dan Bangsa dari cengkaman Penjajah 'Orang Putih' Inggeris , dan BUKAN SENANG Penjajah nak MELEPASKAN negara yang dijajah
6. Landskap politik negara berubah apabila munculnya Sir Harold MacMichael bagi mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu rancangan Kerajaan Inggeris membentuk MALAYAN UNION
7. Tanpa membuang masa dan tanpa berunding , Sultan Ibrahim Abu Bakar adalah Sultan pertama yang menurunkan tandatangan BERSETUJU dengan rancangan jahat itu
8. Raja - Raja Melayu yang lain dipujuk rayu oleh Sultan Johor itu , dan pada masa sama MacMichael MENGUGUT jika mana - mana Raja tidak bersetuju , kedudukan atau jawatan mereka akan DIGANTI oleh orang lain sebagai Raja atau Sultan
9. MUNGKIN TAKUT hilang kedudukan , mereka akhirnya turut BERSETUJU
10. Sementara itu rakyat khususnya orang Melayu MEMBERONTAK , MENOLAK penubuhan MALAYAN UNION
11. Pada masa sama sekumpulan Tujuh Orang Muar , Johor yang berpengaruh melancarkan gerakan yang sama
12. Kumpulan itu diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Yassin ( TIDAK ADA talian darah dengan Mahiaddin Yasin ) , seorang Hakim ; beliau ialah bapa kepada Tun Dr. Ismail dan datuk kepada Taufik Tun Ismail , mantan Ahli Parlimen Benut dan moyang kepada Tariq , anggota Parti PEJUANG
13. Datuk Hassan Yunus yang pada masa itu Mufti Besar Johor yang mewakili Gerakan tersebut telah BERJAYA menyakinkan Sultan MENARIK BALIK sokongan yang beliau berikan kepada Inggeris dan Raja - Raja Melayu yang lain IKUT sahaja
14. Walaupun dari Negeri yang sama tapi Datuk Abdul Rahman dan rakan - rakan ialah WIRA RAKYAT DAN NEGARA yang tak didendang sedangkan Mahiaddin pula ialah PEROMPAK dan PERAMPAS KUASA yang di agung - agungkan oleh mereka yang disogoknya melalui 'SCHEME OF THINGS'
15. Orang Melayu TOLAK Malayan Union atas 3 sebab :
i. Tidak sanggup bertuankan Penjajah lagi
ii. Tidak sanggup melihat Raja - Raja Melayu DI HINA dengan MENURUNKAN kedudukan mereka dari Raja ke taraf Mufti dan mungkin bawah lagi iaitu Penghulu sahaja
iii. Kerajaan Inggeris akan melantilk orang nya sebagai Governor General bertindak sebagai Ketua Negara atau Agong
16. Pada awal 1956 , Datuk Seth Said , Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi ARAHAN oleh Sultan Ibrahim Johor agar dengan apa cara sekali pun Rundingan MERDEKA yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman dengan Kerajaan Inggeris di Kota London , MESTI DI TENTANG
17. Ketetapan Inggris ialah TIDAK ada MERDEKA jika terdapat salah seorang wakil Sultan tidak bersetuju
18. Jika ketika itu Datuk Seth Said TIDAK BELOT kepada Sultan Ibrahim maka sampai kehari ini mungkin kita masih di jajah dan diperintah Inggeris
19. Kedua - dua TINDAKAN Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang yang BERSETUJU Malayan Union dilaksanakan dan TIDAK mahu Merdeka , boleh dianggap sebagai PENGKHIANATAN ATAU PENDERHAKAAN kepada rakyat dan Tanah Melayu
20. Semasa Pindaan Perlembagaan dahulu , jika sekiranya Dr. Mahathir TIDAK MENENTANG hasrat beberapa pihak , MUNGKIN keadaan hari ini berlainan
21. Tindakan orang Melayu MEMBERONTAK ,
dengan bantuan Gerakan 7 orang WIRA Muar , Keputusan Datuk Seth Said MEMBELAKANG arahan Sultan dan PERANAN Dr. Mahathir yang mahu mengekalkan Institusi Raja - Raja Melayu PERLU di jadikan bahan buku sejarah dan dibaca oleh setiap pelajar dan setiap insan yang cintakan negara ; begitu juga perananan Tok Janggut , Tok Bahaman , Mat Kilau dan ramai lagi WIRA YANG TIDAK DI DENDANGKAN
22. 64 tahun selepas Merdeka nampaknya Wakil - Wakil Rakyat yang rakyat pilih semasa Pilihanraya TIDAK LAGI peduli perasaan dan kepentingan rakyat
23. RASUAH , SALAHGUNA KUASA sudah menjadi darah daging umpama ;
ISI DAN KUKU
mereka TIDAK MALU dan TIDAK TAKUT undang - undang kerana dilindungi oleh pemimpin yang dahagakan sokongan
24. Tranparensi Antarabangsa atau TI meletakan Malaysia ditangga melebihi Indonesia dan beberapa negara Afrika dan Latin Amerika
25. Agensi - agensi seperti SPRM dan polis tak ubah seperti :
HARAPKAN PEGAR
PEGAR
MAKAN PADI
kes - kes yang melibatkan orang kenamaan atau yang punyai 'hubungan dengan si anu - si anu ditutup sahaja sedangkan yang mencuri se tin milo dan curi duit surau dan masjid dihukum penjara
26. Sedih rasanya apabila seorang geladangan iaitu mereka TERPAKSA tidur dikaki - kali lima oleh kerana tak mampu bayar sewa bilik dihukum RM2,000 dan pencuri petai dihukum 2 bulan penjara sedangkan PEMBERI rasuah di denda RM1.5 juta dan PENERIMA rasuah dibebaskan
27. TIDAK nampak Ismail Sabri akan berusaha kearah PEMBERSIHAN negara dari penyakit RASUAH ini ; yang rakyat nampak tak sampai seminggu pun masuk pejabat abang beliau dilantik sebagai Pengurusi NAFAS Kebangsaan yang baru atas alasan "Abang Saya Pun Keluarga Malaysia" - sudah saya katakan walaupun Mahiaddin tu bodoh tapi beliau CERDIK sedikit dari Ismail Sabri
28. INI KAH MERDEKA YANG KITA BANGGAKAN ?
Wassalam
Terima Kasih
kalau Mahiaddin bodo, hang lagi bodo laa..
BalasPadam