SESAT MACAM
MANA
AMIN
MANA KITA TAHU
KITA TAK SESAT
KAH KAH KAH
YANG KLIM TAK
SESAT KERANA
ADA KUASA
AMIN
TAKDA KUASA
AKAN JADI SESAT
KHALAS
Ajaran sesat PMYT: PDRM akan ambil tindakan tegas – Hamzah
PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap satu dakwaan ajaran sesat dikenali Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang diketuai seorang wanita berusia 39 tahun di negara ini.
Wanita itu didakwa menggunakan gelaran Sittah Annur dikatakan menyebarkan ajaran sesat yang dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan platform media sosial Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, PDRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kalau dia melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang contohnya undang-undang percetakan, kita boleh mengambil tindakan dari sudut tersebut.
“Manakala kalau dia menghasut sehingga ada orang yang berasa tidak selesa dan cuba lari dari negara kita, itu adalah sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan gusar atau takut dan kita boleh ambil tindakan mungkin Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah Hamzah, KDN sebagai sebuah kementerian utama ingin memastikan segala perkara keamanan serta ketenteraman dalam negara dapat dijaga dengan baik.
“Ada macam-macam jenis manusia, perkataan boleh hasut takutkan orang itu PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kadang-kadang manusia ini tersilap makan ubat atau makan macam-macam sehingga menyampaikan tuduhan dan itu pun orang boleh terikut,” dakwanya.
Antara ramalan yang dikongsikan kumpulan tersebut termasuk bakal tercetusnya Perang Dunia Ketiga tidak lama lagi dan di negara ini letupan bermula di Sabah.-
Sham!!!!! Bila dah mati kena tanam tanah.... Tetiba diajar untuk jawab soalan..... Kan dah mati! Camno nak jawab Sham ooooiiii.... Itupun ajaran sosat jugo Sham......
BalasPadamTT dan herman adnan. Berishtifar banyak2 mudah-mudahan diberi petunjuk. Jgn bangga berani mencabar kalam Allah dgn anggapan kamu bijak berfikir melampaui dalil-dalil AlQuran. Kita sama2 belum menemui penciptaNya.
BalasPadam