Ahad, 19 September 2021

SOSOK BIJAK


 

MAT MASLAN 

SOSOK BIJAK

KAH KAH KAH

TAPI INI 

KERAJAAN 

SYARATTON

AMIN

SALAH 

SATU SYART

IALAH TAK DA

SOSOK BIJAK.. OPPS

SILAP ... TAK ADA

PENCURI  DALAM

KERAJAAN

AMIN

TAK ADA KLEPTO

KAKI RASUAH

KES MAHKAMAH

DALAM KERAJAAN

KHALAS


 


Ahmad Maslan jadi timbalan speaker? Bersatu minta runding dulu

BERSATU menuntut agar calon timbalan speaker Dewan Rakyat dirunding terlebih dahulu dengan parti itu untuk mengelak pelantikan individu yang berdepan isu integriti dan kes mahkamah.

Ketua penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan menegaskan demikian sewaktu mengulas keputusan Bersatu menolak pelantikan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan ke jawatan itu.

Wan Saiful berkata Bersatu tidak akan bertolak ansur dalam pendiriannya menolak individu yang berdepan kes seperti itu dari dilantik ke jawatan utama.

“Pandangan Bersatu dalam isu berkait integriti dan urusan mahkamah sentiasa konsisten dan sedia diketahui umum. 

“Kita boleh bersetuju dengan cadangan calon dari parti lain, tetapi runding dahulu nama calon itu kerana parti Bersatu ada prinsip tegas yang tidak akan kita kompromi.

“Sewajarnya perkara-perkara besar dalam kerajaan yang berbentuk gabungan pelbagai parti seperti yang kita ada hari ini haruslah mengambil kira pandangan semua ahli keluarga dalam kerajaan.”

Keputusan Bersatu menolak pencalonan Ahmad ke jawatan berkenaan didedahkan sumber parti kepada The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Pontian itu kini berdepan dua pertuduhan berhubung wang RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak, dipercayai hasil aktiviti menyalahi undang-undang.

Sumber memberitahu, semua ahli parlimen Bersatu menolak Ahmad disebabkan kes tersebut dan tidak akan dapat undi penuh sekiranya pemilihan diadakan untuk jawatan tersebut.

Pendirian Bersatu itu juga dimaklumkan kepada Ahmad, kata sumber.

Walau memutuskan demikian, Bersatu pada masa sama tetap menyokong pentadbiran Ismail Sabri Yaakob yang menggantikan presiden parti Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Salah satu kerusi timbalan speaker Dewan Rakyat itu kosong selepas Azalina Othman Said letak jawatan pada hujung Ogos.

Beliau memberikan tiga alasan yang menyentuh soal moral dan integriti, serta kewibawaan institusi. – 18 September, 2021.


 KALAU KLEPTO

MASUK MAKA

SABRI  KENA 

TEKAN

KAH KAH KAH

HANYA ADA

114 SAHAJA

KAH KAH KAH

INI PUN 

ENTAH BETUL

 ENTAH TIDAK

KAH KAH KAH

SEMUA SONDOL

DALAM GELAP

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan