Isnin, 13 September 2021

TAHNIAH - INI LANGKAH BETUL

 

TAHNIAH

AMIN

IANI LANGKAH

BIJAK & BETUL

KHALAS



Pakatan bukan masuk kerajaan, kata Anthony Loke

PAKATAN Harapan (PH) bukan menyertai kerajaan apabila menandatangani memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang akan disempurnakan petang ini, kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Ahli Parlimen PH akan terus berperanan melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan dan kekal sebagai pembangkang walaupun ada persefahaman itu, katanya.

“Ahli Parlimen PH akan terus memantau dan mengkritik sebarang kelemahan kerajaan serta tetap lantang bersuara untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Kenyataan dikeluarkan selepas pasukan perundingan kerajaan dan PH malam tadi mengumumkan persetujuan dicapai dan memorandum persefahaman berkenaan akan ditandatangani hari ini.

Loke juga berharap semua pihak “mengambil sedikit masa” membaca dan meneliti butiran persefahaman yang akan diumumkan selepas pemeteraiannya petang ini.

Memorandum persefahaman akan ditandatangani Ismail Sabri dan ketua parti dalam PH iaitu Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) dan Wilfred Madius Tangau (UPKO) di Dewan Bankuet Parlimen, 5 petang ini.

Loke berkata melalui persefahaman itu, ahli Parlimen PH akan memberi kerjasama kepada kerajaan terhadap rang undang-undang dan Belanjawan yang perlu dirundingi dan dipersetujui bersama.

“Sebagai balasan untuk persefahaman ini, pihak kerajaan pula perlu melaksanakan pelbagai dasar yang membantu rakyat serta membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara serta memperkukuhkan institusi Parlimen,” tambahnya.

Persefahaman itu dicapai malam tadi hasil rundingan beberapa pusingan antara wakil kerajaan dan PH, sejak pertemuan tiga pemimpin parti dalam gabungan itu dengan Ismail Sabri pada 25 Ogos.

“Saya berharap persefahaman ini bukan saja dapat mengembalikan kestabilan politik buat sementara waktu tetapi juga dapat menyumbang ke arah landskap politik yang lebih dinamik dan konsultatif serta membudayakan politik dwi-partisan khususnya di Parlimen,” katanya.

Loke antara enam wakil PH dalam proses rundingan itu.

Lima lagi wakil PH ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Kerajaan pula diwakili Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional merangkap setiausaha agung Bersatu, dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung PAS.

Tiga lagi wakil kerajaan ialah menteri Parlimen dan undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz. – 13 September, 2021.

INILAH

HIKMAH BILA

DI BUKTIKAN

ANWAR TAKADA

NUMBO

AMIN 

TAK SIBUK SIBUK

BUAT HURU HARA

I GOT DE NUMBO

KAH KAH KAH



2 ulasan:

  1. Sign MOU cakap tak cukup nombo. Tak sign cakap gila nak jd PM hanya pentingkan diri sendiri tak pentingkan rakyat. Do you are damned dont do you are damned. Abis lu mau yg mana satu? Kalu lu tak mau dia jd PM, dia dah kompom bukan PM. Tak kan lu mau dia tinggal kat brickfield berak cangkung tiap pagi ziarah kubur cina?

    BalasPadam
  2. punca dikenal pasti dengan jayanya

    BalasPadam