Rabu, 8 September 2021

TAHNIAH KEPUTUSAN AMAT BIJAK

 


KEPUTUSAN TEPAT

RAKYAT SOKONG

AMIN

NELAYAN SELAMAT

AMIN

ALAM SELAMAT

AMIN




Projek PSR Pulau Pinang dibatalkan

GEORGE TOWN – Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini memutuskan mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek Tambakan Laut Selatan (PSR) di negeri ini. 

Ini sekali gus menyaksikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan yang diperoleh pada 25 Jun 2019 terbatal. 

Keputusan itu dibuat tiga anggota Lembaga Rayuan JAS yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub dan pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Mazlin Mokhtar dan Prof Madya Dr. Ramdzani Abdullah (Universiti Putra Malaysia).

Notis rayuan berkenaan sebelum ini difailkan oleh Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail kepada Lembaga Rayuan JAS pada 29 Julai 2019 mengikut seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 

Peguam yang mewakili Zakaria, R. Meenaksi berkata, keputusan pembatalan itu amat penting kerana ia bukan saja untuk projek PSR malah melibatkan kelulusan semua EIA oleh JAS.

“Selain itu, keputusan pembatalan PSR itu merupakan kemenangan besar kepada golongan nelayan serta pejuang alam sekitar yang tidak berputus asa membantah pelaksanaan projek berkenaan. 

“Pembatalan EIA itu sekali gus menyebabkan  kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek itu yang ditunggu selama ini tidak boleh diguna pakai lagi. 

“Bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju yang masih berhasrat meneruskan projek PSR itu perlu mengemukakan permohonan EIA baharu kepada JAS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Projek PSR yang dianggarkan menelan belanja RM11 bilion itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang turut merangkumi depoh dan stesen transit aliran ringan (LRT), kawasan industri dan perumahan seluas kira-kira 1,821 hektar.

Tiga buah pulau dicadang dibangunkan yang dinamakan sebagai Pulau A seluas 930 hektar, Pulau B (566 hektar) dan Pulau C (323 hektar) yang dijangka siap kira-kira 25 tahun. 

Pada bulan Jun lalu, Kerajaan Pulau Pinang tetap bertegas mahu meneruskan PSR walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak yang mahu ia dibatalkan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata, PSR tidak akan dihentikan memandangkan pelbagai proses sudah diambil dan dilakukan sejak bertahun-tahun lalu termasuk menjelaskan kepentingan projek berkenaan.

“Kita tidak perlu memilih antara PSR dan alam sekitar serta nelayan. Kemajuan teknologi dan kejuruteraan membolehkan kita membangunkan PSR dan pada masa sama, tetap memelihara alam sekitar serta masyarakat.

“Kerajaan negeri tidak pernah menafikan projek ini akan memberi kesan, malah selalu berkongsi dengan masyarakat mengenai rancangan untuk mengurangkan kesannya,” katanya. – 

 

JIKA KERAJAAN

MENERUAKANA

DASAR SEPERTI INI

MAKA KITA SEMUA

WAJIB SOKONG

KERAJAAN INI

AMIN

MASA DEPAN

CUCU CICIT 

TERJAMIN

KHALAS

NEXT TEST

NAJIB MASUK

PENJARA

AMIN 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan