Isnin, 6 September 2021

TAK PERLU CAKAP BANYAK - BUKTIKAN

 


TAK PERLU

CAKAP BANYAK

AMIN

TAK  PERLU

DING DONG

HEEK HOOK 

TENG TONG

AMIN

BUKTIKAN 

ADA 114

SOKONGAN

AMIN




Kenyataan peguam negara mengenai keabsahan Ismail tidak perlu, kata peguam

PEGUAM Negara Idrus Harun tidak seharusnya menyarankan supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu membuktikan keabsahannya di Dewan Rakyat, kata pakar undang-undang.

Mereka berkata mendapatkan undi percaya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan tidak mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Peguam terkemuka Haniff Kathri Abdulla, berkata cadangan Idrus menunjukkan terdapat konflik kepentingan antara PM dan beliau.

“Saranannya tidak betul dan bertentangan dengan peraturan undang-undang. Beliau tidak boleh memberikan saranan yang kelihatan seperti mendahului kerajaan.”

“Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong sendiri menyatakan sesiapa yang dilantik sebagai PM mesti menjalani undi percaya di Dewan Rakyat dan dengan memiliki undi percaya, ia tidak menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong walaupun baginda bersetuju dengan pelantikan Ismail Sabri sebagai PM.

“Peguam negara mesti bersikap adil dalam kenyataannya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak,” kata Haniff.

Semalam, Idrus berkata Ismail Sabri tidak perlu menjalani proses undi percaya kerana Yang di-Pertuan Agong sudah berpuas hati dengan majoritinya di Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong sudah bertemu dengan 114 daripada 220 ahli parlimen pada 19 Ogos untuk mengesahkan sokongan mereka terhadap Ismail Sabri, kata Idrus.

Ahli Parlimen Bera itu kemudian mengangkat sumpah pada 21 Ogos.

Peguam negara berkata disebabkan Ismail Sabri sudah dilantik sebagai perdana menteri kesembilan menurut proses yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, tidak ada keperluan lagi untuk mengadakan undi percaya.

Peguam perlembagaan Kee Hui Yee berkata, Ismail Sabri perlu membuktikan majoritinya kerana ia selaras dengan semangat demokrasi.

Beliau menjelaskan sekalipun perlembagaan tidak menetapkan usul itu dibentangkan di Parlimen, ia adalah salah satu cara untuk menamatkan krisis politik.

“Sebahagian daripada peranan peguam negara adalah untuk menasihati kerajaan mengenai undang-undang berkaitan pentadbiran negara, tetapi saya tidak setuju dengan komennya mengenai tidak perlu undi percaya.”

“Beliau perlu membuktikannya dan rakyat berhak mengetahui sama ada Ismail Sabri benar-benar mendapat kepercayaan di Dewan Rakyat.

“Ini untuk menunjukkan dan meyakinkan orang ramai bahawa anda mempunyai sokongan mencukupi,” katanya.

Sebelum Yang di-Pertuan Agong bertemu 114 ahli parlimen, baginda juga mengadakan pertemuan dengan ketua dan perwakilan parti politik pada 17 Ogos, yang mana baginda memberitahu mereka sesiapa saja yang menjadi perdana menteri baharu perlu berdepan undi percaya di Parlimen.

Ketetapannya itu didedahkan secara terbuka dalam kenyataan media Istana Negara pada 18 Ogos.

Sejak Ismail Sabri menjadi perdana menteri, pemimpin pembangkang juga menyatakan beliau patut menjalani proses undi percaya.

Peguam New Sin Yew dan Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, pandangan peguam negara tidak ada keperluan bagi PM menjalani proses undi percaya mungkin betul namun Ismail Sabri harus melenyapkan keraguan mengenai sokongan terhadapnya di Parlimen.

“Dari segi perlembagaan, peguam negara betul. Tidak ada keperluan bagi PM untuk membuktikan majoritinya di Parlimen. Majoriti sudah terbukti menerusi interviu dilakukan Yang di-Pertuan Agong. Ia sudah memadai,” kata kedua-dua peguam itu.

“Bagaimanapun, ketetapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menekankan pentingnya membuktikan majoriti menerusi undi di Parlimen. Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, undi percaya patut dilakukan,” kata Asheeq.

Asheeq berkata, dengan melakukannya, Ismail Sabri memberi satu contoh yang baik bagi masa depan.

“Undi percaya hanya akan memperkasakan PM jika beliau benar-benar mendapat sokongan majoriti. Mengadakan undi percaya menjadi satu kelebihan besar buatnya, juga satu contoh bagi demokrasi di Malaysia,” katanya.

Dewan Rakyat akan memulakan mesyuarat pertama penggal baharu pada 6 September, tetapi ditangguhkan kepada 13 September selepas Ismail Sabri memegang jawatan.

Perlembagaan tidak menetapkan undi sebagai kaedah menentukan sokongan majoriti bagi seseorang anggota parlimen untuk menjadi perdana menteri, tetapi akan dilihat sebagai satu langkah ketelusan memandangkan majoriti tipis Ismail Sabri dalam kalangan 220 ahli parlimen.

Perdana menteri sebelumnya Muhyiddin Yassin, juga berdepan saranan supaya mengadakan undi percaya kerana majoriti tipisnya dan akan diadakan jika beliau tidak digantikan oleh Ismail Sabri. – 5 September, 2021.


WOIT

RAKYAT DAH

LETIH

AMIN

PEGUAM KE

PERLEMBAGAAN

APA KE JADAH KE

AMIN

SEMUA PUTAR

AMIN

SENANG ANGKAT

TANGAN ATAU

BUAT UNDI

DALAM PARLIMEN

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan