Rabu, 29 September 2021

TOK MAT BUAT BUAT TAK TAHU DARI MANA DUIT DATANG

 



Bagaimana RMK-12 dibiayai? – Mohamad

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjelaskan bagaimana Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh perdana menteri baru-baru ini akan dibiayai.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, rancangan yang baik hanya akan menghasilkan impak terbaik dengan pembiayaan yang mapan.

Dalam keadaan hasil negara sangat terkesan akibat pandemik, hutang negara hampir mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertumbuhan yang terencat semenjak dua tahun lepas, maka kejayaan RMK-12 sangat bergantung kepada pembiayaannya.

Oleh itu ketelusan tentang bagaimana rancangan ini akan dibiayai, akan menjadikan RMK-12 bukan sahaja realistik tetapi mempunyai daya kebolehlaksanaan.

Tambahnya, kerajaan juga mengambil kira bahawa impak pandemik telah menghapuskan pelbagai status quo dalam pencapaian ekonomi dan kehidupan masyarakat selepas Malaysia telah kehilangan hampir dua tahun yang produktif.

Selain itu, kesusutan luar biasa golongan kelas menengah, penggandaan golongan miskin mutlak dan tegar, kehilangan daya saing pelbagai sektor ekonomi serta kelohongan jelas dalam pelbagai sistem kesihatan, pendidikan dan sosial.

Justeru, rancangan ini mesti dilaksanakan dengan mengambil kira semua kesusutan ini dan mesti diselarikan dengan strategi pemulihan untuk mengembalikan semula status quo Malaysia sebelum lonjakan sewajarnya disasarkan.




WOIT

KAH KAH KAH

TOK MAT

MAIN TEATER

KAH KAH KAH

TOK MAT TAHU

DARI MANA 

FULUS MARI

KAH KAH KAH

TOK MAT

ORANG EKONOMI

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN TIPU

RAKYAT

JANGAN PUTAR

AMIN

JANGAN GUNA

BAHASA PELIK PELIK

AMIN

GUNA BAHASA

KAK BIBAH 

BOLEH FAHAM

KAH KAH KAH

JANGAN GUNA

QUANTITATIVE

EASING 

NAK TUNJUK  

TERER

GUNA BAHASA 

MAT SALEH

KAH KAH KAH

JANGAN GUNA

SUKUK

BAHASA ARAB

KUNUN ISLAMIK 

POOODAH

KAH KAH KAH

CETAK DUIT

& PINJAM DUIT

DUA CARA UNTUK KERAJAAN

 KAKI RASUAH

 KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan