KJ guna cara sombong terhadap antivaksin, kata Anwar
PENDEKATAN tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap rakyat yang tidak mahu divaksinasi Covid-19 tidak boleh diterima, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata sepatutnya kerajaan tingkatkan kesedaran tentang kelebihan dan faedah vaksin terhadap mereka yang menolak vaksinasi Covid-19.
“Kumpulan antivaksin ini, saya tidak sokong, tetapi kadang-kadang hujah mereka ada kuat juga.
“Jadi kita jawab dengan hujah. Dia (mereka yang tolak vaksin) bagi kajian saintifik. Kita bawa hujah kajian saintifik yang lebih kuat untuk mematahkan hujah dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan