Jumaat, 22 Oktober 2021

APA MAKNA BERITA INI ?

 



Pemimpin tertinggi MCA,


 DAP bakal berdebat


 secara langsung 


2 November?



Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Ismail Sabri patut diberi peluang, kata Kit Siang

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi peluang membuktikan dirinya berikutan pendekatan “Keluarga Malaysia” diperkenalkannya adalah perubahan daripada naratif satu bangsa domminan di negara ini sejak berdekad lalu, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

“Walaupun, beliau pernah menuduh DAP anti Melayu dan menggunakan retorik kebencian dalam ucapannya dulu, saya tidak berdendam dengannya.

“Saya percaya setiap pemimpin politik patut diberi peluang untuk berubah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata konsep “Keluarga Malaysia” walaupun hanya sebuah slogan, ia sangat berbeza daripada pendekatan satu kaum yang diguna pakai Barisan Nasional selama enam dekad ketika memerintah negara ini.


“Dan kita perlu beri peluang beliau peluang untuk menyampaikannya kerana ia lebih menyeluruh, pendekatan yang berfikiran Malaysia.

“Kalau tidak, jika kita mengambil kedudukan kaum dan bangsa tunggal, ia akan bercanggah dengan Keluarga Malaysia. Saya gembira dengan mesej ini yang kita beralih ke hala tuju itu.

“Biarkan beliau buktikan walaupun ini bukan tugas mudah. Ini cabaran untuk beliau dan Malaysia,” kata Lim, 80.

Lim mengulas berkenaan perkembangan terbaru politik, kali pertama sejak keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

INI MAKNAYA

DAP SEDANG

MENGOLAH 

PERSETUJUAN

AMIN

MENYEDIAKAN DIRI

UNTUK GANTI MCA

KHALAS

LEPAS PRU15

INI JALAN TERBAIK

UNTUK KESTABILAN  NEGARA

KHALAS

 TAPI AWAS!

 WASPADA 

BERJAGA JAGA

AMIN

SEBELUM ITU 

RAKYAT NAK TAHU

 APA GARIS 

DAP TERHADAP

CHINA MERAH

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan