Umno berulang kali dikhianati, kata Zahid mengulas kerjasama dengan PAS
UMNO menilai semula kerjasama politiknya dengan PAS kerana “berulang kali” dikhianati oleh parti Islam itu, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno berkata hubungan dua parti itu kini dibayangi krisis kepercayaan, lebih setahun selepas mereka memeterai kerjasama rasmi atas nama Muafakat Nasional (MN) pada September 2020.
“Saya tak pernah kecewa sebagai seorang ahli politik, tapi kita harus tahu bila kita berkongsi… kita harus saling mempercayai dan jangan mengkhianati.
“Cukuplah pengkhianatan itu dilakukan sekali tapi kalau dah berulang kali, bukan pada Umno tapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya malam ini.
Beliau ditemubual dalam program Jawab, Saya Tanya di NR Channel TV yang disiar secara langsung melalui Facebook.
Zahid ditanya mengenai masa depan kerjasama dan hala tuju MN selepas Zahid baru-baru ini menegaskan Umno akan bertanding sendiri bawah panji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga pada ketika itu mempersoalkan kewujudan kerjasama Umno dan PAS atas nama MN.
Kerjasama dua parti Melayu terbesar itu sempat mengharungi tujuh pilihan raya kecil semasa pentadbiran Pakatan Harapan, sebelum gabungan itu runtuh akibat percaturan politik pada Februari 2020 dan diganti kerajaan Perikatan Nasional.
PAS kemudian bersama Bersatu mengasaskan penubuhan PN sebagai sebuah parti sementara Umno menolak untuk menyertainya. Umno malah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, dan seterusnya PN, dalam PRU15.
September lepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong calon penyandang jika berlaku pertembungan antara Umno dan Perikatan Nasional pada PRU15.
Beliau berkata menyokong calon penyandang merupakan salah satu formula yang mungkin akan diguna pakai oleh PAS bagi mengelakkan berlakunya pertembungan merugikan parti Melayu.
Dalam pada itu, mengulas pertanyaan sama ada Umno akan meneruskan kerjasama MN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Zahid berkata ia tidak mungkin akan berlaku.
“Saya tak nampak ada cahaya terang untuk MN direalisasikan sebagai mana PRK (pilihan raya kecil) yang pernah diadakan sebelum ini.
“Biarlah Umno bertanding dengan panji BN secara solo, Insya-Allah rakyat memilih parti terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid berkata keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu adalah ketetapan yang dibuat oleh ahli parti dan beliau sebagai presiden menghormati keputusan mereka. – 12 Oktober, 2021.
Pelacur buka kaki kepada siapa bayar, tak ada setia tak ada kawan tak ada ikatan cuma bayaran, you pay you fuck you don't pay fuck off kah kah susah paham kah susah hadam kah woit Komidi kah kah kah, apa engkau buat dulu ianya datang balik hantu engkau lah, kau khianat ramai kau tikam ramai kah kah macam mana rasa tikaman di ulu hati kah kah padan muka
BalasPadam