Isnin, 4 Oktober 2021

BERITA BAIK UNTUK KITA

 


87.6% populasi dewasa divaksin sepenuhnya, kata KKM


MALAYSIA hampir mencapai 90% populasi dewasa yang sudah divaksin sepenuhnya dengan 87.6% sudah lengkap menerima vaksinasi setakat semalam sebelum perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) CovidNow, sebanyak 206,574 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam di mana 96,024 merupakan dos pertama dan 110,550 dos kedua.

Sebanyak 44,352,079 dos diberikan di bawah program ini sejak ia bermula pada 24 Februari.

Di Lembah Klang, sebanyak 111.6% (6,878,541) orang dewasa sudah divaksin sepenuhnya.

Sabah kekal sebagai negeri dengan kadar vaksinasi terendah sebanyak 61.7% (1,702,535) dari populasi dewasa,

Menerusi laman web CovidNow menunjukkan 100% populasi dewasa akan diberi vaksin sepenuhnya pada 26 Oktober.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90% populasi dewasa di negara ini diberi vaksin sepenuhnya.

KKM berkata 55.7% atau 1.7% juta remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sementara 3.5 atau 108,826 diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut CovidNow, 80% remaja dijangka akan diberi vaksin sepenuhnya pada 31 Oktober.

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun ketika ini diberikan vaksin Pfizer dan Sinovac. – 4 Oktober, 2021.


TAHNIAH

BARISAN HADAPAN

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan