Selasa, 19 Oktober 2021

DAYAK BANGUN MELAWAN

 



Majlis khas MA63 setuju pinda Perlembagaan Persekutuan

MAJLIS Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Kabinet bersetuju dengan cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dalam persekutuan, kata Maximus Ongkili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tiga jam MKMA63 semalam.

Pindaan yang dicadangkan adalah untuk Perkara 1 (2) dan 160 (2) yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi juga mengetuai jawatankuasa kerja MKMA63.

Perkara 1 (2) merujuk kepada status Sabah dan Sarawak yang kedudukannya sebagai rakan kongsi ditarik dalam pindaan yang dibuat pada 1976 bagi meletakkan dua negari Borneo itu setara dengan negeri-negeri lain di semenanjung.

Perkara 160 (2) bertujuan untuk mentafsirkan kembali makna persekutuan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ongkili berkata majlis bersetuju untuk membentangkan pindaan pada sidang Parlimen akan datang.

Ongkili berkata, cadangan pindaan itu sama sekali berbeza dengan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019.

Ketika dibentangkan pada April 2019, PH gagal meraih sokongan dua pertiga majoriti dari 222 kerusi Parlimen, dengan ahli Parlimen gabungan kerajaan negeri Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi.

Justeru ia menjadikan PH kurang 10 undi yang diperlukan untuk melaksanakan rang undang-undang yang dicadangkan mereka.

Ahli Parlimen GPS telah membantah bagaimana pindaan itu dibuat tanpa rujukan terhadap MA63 malah PH menolak untuk meminda Perkara 160 (2).

“Kami akan bekerja keras agar perkara-perkara berkaitan MA63 yang masih tertunggak akan diselesaikan segera,” kata Ongkili.

Mesyuarat itu juga bersetuju untuk memberi kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen menangkap ikan laut dalam, katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee mengemukakan kertas untuk mendapatkan persetujuan majlis bagi memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan kedua-dua negeri mengeluarkan lesen kapal dan peralatan menangkap ikan untuk kapal nelayan Zon C.

Pengeluaran lesen kini dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Laut persekutuan. – 19 Oktober, 2021.




BANGSA DAYAK

BAANGUN MELAWAN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Kalau itu kehendak terbanyak bangsa dayak lebih baik pemimpin Malaya lepaskan Borneo Sabah Sarawak....pulangkan kembali hak mereka,bayar pampasan kalau ada ambil hak mereka,tarik balik hak Malaya di borneo kalau ada....pemimpin Malaya pun hanya sibuk main dan rebut kuasa tak boleh jaga rakyat dan negara....amacam

    BalasPadam
  2. ha ha ha hari2 kena kencing tunggu sampai mampos habok pun tarak .... itu pasal otak buka banyak bukan sikit sekarang zaman multi media jangan jadi senang disogok Rm50 habis cerita . Ini salah siapa ??? bodoh piang

    BalasPadam