Tuan Ibrahim patut fokus perubahan iklim, bukan nama wiski, kata Teresa
TUAN Ibrahim Tuan Man seeloknya fokus sahaja kepada masalah alam sekitar di bawah tanggungjawab kementeriannya, bukan mencampuri isu remeh melibatkan kaum dan agama, kata Teresa Kok.
Ahli Parlimen Seputeh itu membidas kenyataan menteri alam sekitar dan air semalam, memaklumkan Jemaah Kabinet memutuskan sebarang pengeluaran minuman keras di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks bangsa atau agama.
Keputusan itu katanya berdasarkan usaha PAS dalam menyatakan bantahan terhadap penggunaan nama Timah bagi wiski buatan tempatan. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
“Saya rasa lucu membaca kenyataannya. Saya tidak pasti samada Tuan Ibrahim faham tentang cabaran global dan tempatan yang dihadapi oleh kementeriannya di dalam kerajaan, iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air, dan samada beliau komited terhadap misi kementeriannya,” katanya dalam kenyataan.
Semalam sy terbacha ada sebatang pokok yg dinamakan pokok zakar telah bkembang di taman botani di belanda. Nama saintifik pokok ni ialah amorphophallus desus silvae berasal dari indonesia. Dsebabkan menteri alam sekitar al fadil al samahah tak pergi sidang alam sekitar dicadang menteri dan tuan haji moktar scud pergi ke belanda untuk kaji pokok zakar dan cadang tanam di malaysia supaya alam sekitar malaysia menghijau sebab byk pokok zakar serta ditanam bersama pokok kelentit kering. Sekian cadangan sy.
BalasPadam