Khamis, 7 Oktober 2021

ISTERI MASUK PENJARA - SUAMI DI HINA

 


Hanya Rosmah pegang gelaran 'Wanita Pertama Malaysia', mahkamah diberitahu

ROSMAH Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pasti sama ada isteri perdana menteri sebelum ini, termasuk ibu mertuanya Rahah Mohd Noah menggunakan gelaran Wanita Pertama Malaysia (FLOM).

Beliau yang merupakan isteri bekas perdana menteri Najib Razak bagaimanapun berkata beliau aktif dan menjalani kehidupan yang sibuk dengan membawa gelaran FLOM.

Beliau berkata demikian pada pemeriksaan balas oleh ketua pendakwa raya Gopal Sari Ram, pada perbicaraan kes rasuahnya hari ini. 

Sri Ram: Suami kamu (Najib) menjadi perdana menteri pada 2009. Sebelum beliau jadi PM, adalah isteri PM sebelum ini dikenali sebagai FLOM?

Rosmah: Saya tidak pasti.

Sri Ram: Sebelum Abdullah (Ahmad) Badawi dan sebelum Tun M (Dr Mahathir Mohamad), isteri mereka tidak dikenali sebagai FLOM?

Rosmah: Saya tidak tahu.

Sri Ram: Berbalik kepada Abdul Razak (PM Malaysia kedua), ibu mertua kamu (Rahah) tidak pernah dikenali sebagai FLOM?

Rosmah: Saya tidak tahu kerana ketika itu saya masih belum berkahwin dengan Najib. 

Rosmah berkahwin dengan Najib pada Februari 1987, manakala ibu mertuanya meninggal dunia pada Disember tahun lalu. 

Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Sistem Fotovoltaik Hibrid Bersepadu serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan langsung dari Kementerian Pendidikan.

Selain itu, Rosmah turut mendakwa isteri-isteri perdana menteri sebelumnya tidak aktif seperti beliau, dan berkata antara inisiatif sosial lain adalah cetusan ideanya Program Permata Negara (Permata), satu inisiatif yang dijalankan seluruh negara semasa pentadbiran Najib bagi membantu mengembangkan kemahiran dan bakat anak-anak berbakat dan kurang upaya.

“Isteri-isteri perdana menteri sebelum ini tidak aktif. 

“Mereka tidak memiliki projek (di bawah mereka) seperti Permata dan mereka jarang diundang untuk memberikan ucap tama.

“Namun, ketika Najib menjadi PM, saya menjalani kehidupan yang sangat sibuk,” katanya kepada mahkamah. – 7 Oktober, 2021.


ROSMAH

SENGAJA DIHINA

DALAM MAHKAMAH

AMIN

PENDAKWA TAHU

ROSMAH SEORANG

SUAMI JUJUR

BERAKHLAK BAIK

BERTARAF

FLOM

AMIN

SEMUA ORANG

TAHU APA FLOM

AMIN

FLOM IALAH

FAT LADY OF

MALAYSIA

AMIN

KAH KAH KAH

ZIANA ZAIN

TAK DAPAT

JADI FLOM

WALAU PUN

MENGGAMIT NAJIB...

OPPS..

SILAP... WALAU PUN

MENGEMUT NAJIB

DI PORT DICKSON

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan