Selasa, 26 Oktober 2021

JANGAN LUPA FAKTA SEJARAH

 



SULTAN JOHOR - SEJARAH  DAN  FAKTA

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin.- 25/10/2021

1.  Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta yang tidak boleh dipinda apatah lagi disembunyi atau dipadamkan  kerana apa yang telah berlaku dan dilakukan sekarang lambat laun pasti akan TERSERLAH akhirnya 

WE  CANNOT  CHANGE  THE CLOCK BACK 

THE TRUTH

WILL PREVAIL 

2.   Sebagai contoh , walaupun berlaku kira - kira 320 tahun dahulu , dan berbagai usaha dilakukan bagi 'menghalalkan' perbuatan zalim Sultan Mahmud namun ia tetap menjadi bualan sehingga kehari ini 

3.  Begitu juga peristiwa sedih bagaimana Sultan Mahmud , bapa Sultan Johor sekarang  bertindak  GANAS  DAN  SESUKA  HATI  membunuh beberapa orang awam 

4.  Pada 30hb November 1992 , Douglas Gomez , seorang jurulatih pasukan hokey telah dibelasah dengan teruk oleh Sultan Mahmud di Istana beliau di Johor Bahru 

5.  Ekoran peristiwa kezaliman itu , bagi MENYELAMATKAN  nyawa orang awam  dan PADA  MASA  SAMA  bagi menyelamatkan Institusi Raja ,   Kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu  TIDAK  ADA  PILIHAN  melainkan TERPAKSA meminda Perlembagaan - apakah tindakan Dr. Mahathir  itu salah ?  ; sepatutnya rakyat dan Raja - Raja BERTERIMA  KASIH  kepada Tun 

6.   Pada 10hb Disember 1992 ayah saya , Encik Abdul Ghafar Baba  - Tun  ( Al-fatihah )  mengemukakan usul  didalam Parlimen bagi membolehkan mana - mana Raja atau  Sultan yang  MELANGGAR  Perlembagaan dan Undang - Undang BOLEH  di heret ke Mahkamah Khas ,  dan jika didapati  bersalah  HUKUMAN nya sama seperti orang awam jua , didenda , dipenjara atau pun digantung sampai mati JIKA  membunuh ; rakyat mungkin  bertindak liar  terhadap Raja - Raja  dan keluarga TANPA  PEDULI  undang - undang  jika Perlembagaan  tidak dipinda 

7.  Perangai buruk itu diikuti oleh TMJ yang ketika itu bergelar  Raja Muda Johor , apabila MEMBELASAH  dengan teruk Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar , cucu kepada Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan ( Alfatehah ) 

8.  Walaupun 10 lapuran polis dan juga kepada Peguam Negara dibuat  tapi MALANGNYA  Polis dan Peguam Negara ketika itu menggambil  sikap 'berat sebelah' 

9.  Kini umum tertanya - tanya apakah Sultan Johor  tidak membuat kajian dan baca sejarah atau buat 'home work' SEBELUM  membuat komen berhubung PULAU BATU  PUTEH yang lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa dengan nama Portugese , PEDRA  BRANCA 

10.  Adalah lebih baik Sultan  berdiam diri atau 'Silence Is Golden' dari bak kata pepatah : 

  JANGAN  SUKA

  MENUDING JARI 

tambah pula ada niat mencari kesalahan orang lain  SEDANGKAN  lupa kesalahan dan kelemahan sendiri walaupun dilakukan oleh keturunan kita dahulu 

11.   Jika  cerita Pulau Batu Puteh  boleh di buka semula seperti 'mengeluarkan mayat dari kubur' , maka elok juga peristiwa - peristiwa lama pun di bincang semula 

12.  Ada 3 KESALAHAN  BESAR  yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim , Johor sekarang 

: A. i. Mempengaruh Raja - Raja Melayu yang lain bersetuju dengan rancangan penjajah British mengujudkan Pemerintahan  British  melalui Malayan Union - dengan cara ini British AKAN TERUS  BERKUASA memerintah Tanah Melayu 

ii. Jika berjaya diteruskan  Tanah Melayu mungkin terus dijajah , dan  seorang Governor General British akan dilantik , maka tidak ada lagi Agong ; Raja - Raja Melayu pula hanya menjaga hal ehwal Agama Islam seperti Mufti dan melapur terus kepada Governor General British 

B.  Pada 21hb September 1953 , mengarahkan  Datuk Mohd Seth Saaid , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MEMAKLUMKAN kepada Setiausaha Jajahan atau The Colonial Secretary ,  Singapura bahawa Kerajaan Johor TIDAK menuntut  HAK  atau pun THE JOHOR GOVERNMENT DOES  NOT CLAIM  THE OWNERSHIP of Pedra Branca 

C.  Mengarahkan Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Johor  MENGGAGALKAN  Rundingan Kemerdekaan yang di ketuai Tengku di Kota London 

13. Raja - Raja Melayu yang ada  SEKARANG   PERLU  TAHU DAN BERTERIMA KASIH kepada rakyat kerana tanpa bantahan orang Melayu dan tanpa peranan yang di lakukan oleh  7 orang  WIRA MUAR  ketika itu  mungkin hari ini  tidak ada Raja - Raja lagi , justeru  rakyat PERLU  dihormati selalu  tambah pula TIADA  RAKYAT  TIADA  RAJA 

14.    Rakyat tidak membantah  penubuhan Jawatanhuasa Menyiasat Isu Pulau Batu Puteh  NAMUN  rata - rata  lebih senang jika dibentuk terus Royal Commission of Inquiry  ( RCI ) kerana ini AKAN  LEBIH  TULUS  DAN  TERBUKA dimana  tertuduh , Tun Dr. Mahathir  diberi peluang  menjawab SEMUA pertuduhan berkaitan isu tersebut 

15.  Oleh kerana isu Pulau Batu Putih  ditimbulkan semula seperti  'mayat di gali semula'  dari kubur maka rakyat  sedang menuntun sejauh mana Ismail Sabri Yaakob BERANI  BERTINDAK menubuhkan satu lagi Jawatankuasa Menyiasat atau RCI , atau beliau HANYA  seperti kerbau di cucuk hidung 

16.  Jika Kerajaan boleh menyiasat isu  Pulau Batu Puteh yang telah berlalu atas alasan 'MARUAH  NEGARA'  maka Kabinet juga harus bertindak adil menyiasat  SECARA  MENYELURUH perkara -  perkara berikut yang sering  dibangkit dan  menjadi perbualan  rakyat  kebelakagan  ini ; mereka mahu jawapan sebenar , BUKAN  'menyapu sampah dibawah permaidani'  atau 'do not sweep under the carpet' : 

i.  Bagaimana Singapura yang disatu ketika dahulu  HAK  Johor  , tapi  kini sudah  menjadi negara asing - siapa yang BERTANGGUNG  JAWAB ? 

ii.  Siapa yang mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MELEPASKAN  Pulau Batu Puteh ke penjajah British 

iii.  Apakah benar Sultan Ibrahim PERNAH  MENGARAHKAN   Datuk Md Seth  MENGGAGALKAN   Rundingan Merdeka 

iv.  Siapa yang MENJUAL  ribuan ton pasir ke Singapura sehingga  sempadan negara tersebut menghampiri  Johor 

v.  Sanggupkah Pulau Kukup  DIPULANGKAN  semula kepada Kerajaan Johor setelah ianya dijadikan  'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' 

vi.  Mengapa Sultan bersungguh - sungguh  mahukan  'Permenant Resident Status ' atau 'Malaysia As A Second Home' diberi kepada semua pembeli hartanah di Forest City 

vii.  Siasatan juga perlu dilakukan keatas projek melombong emas dan lain - lain logam di Tenggaroh - sebuah usahasama diantara Sultan Johor dengan sebuah syarikat awam Singapura atau  Public Listed Company , Southern Alliance Mining Limited dimana Sultan diberi saham percuma 15% dan TELAH  menerima 3juta sebagai pembayaran awal 

viii.  Siasatan juga PERLU dilakukan keatas syarikat Aras Kuasa  Sdn Bhd 

ix.  Rakyat juga BERHAK  TAHU  samada cukai beratus buah kereta kepunyaan  Sultan dan TMJ  telah  dibayar seperti rakyat biasa 

x.  Oleh kerana rakyat inginkan kepastian maka elok juga Jawatankuasa yang saya cadangkan ini siasat samada Sultan Johor sekarang benar - benar berketurunan Raja /Sultan Ali atau keturunan Temenggong Abdul Rahman yang bukan keturunan Raja tapi telah berpakat dengan penjajah British 

17.   JANGAN          CUBA         JOLOK

        SARANG        TEBUAN 

            dan 

        JANGAN         HANYA        NAMPAK

        KUMAN        DI SEBERANG        LAUTAN

        SEDANGKAN        GAJAH        DI DEPAN

        MATA        BUAT - BUAT       TAK NAMPAK 

              dan 

        JANGAN        BALING         BATU

        DI RUMAH        KACA 

Terserah kepada Ismail Sabri dan  Kabinet nya samada  BERANI  menubuhkan Jawatankuasa Khas  tersebut ; rakyat khasnya pengundi - pengundi di Melaka  PASTI  akan membuat penilian mereka 

Wassalam

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. Kah..kah..Raja Melaka The Real dah bgn dari tidur..Jawap jgn tak jawap.Rakyat pasti nak tahu siape keturunan lanun dan siape yg same dgn Bos ku penyamun..Atok Kerala dah mula buka gelanggang.Tajuk dia 'Bosku penyamun bertaraf VIP'Aku harap ramai yg akan msk gelanggang ni..

    BalasPadam