Khamis, 7 Oktober 2021

MURID IKUT GURU

 



Ahmad Zahid mohon dapatkan pasport untuk jalani rawatan di Jerman

AHMAD Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, hari ini memohon di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Peguam Hamidi Mohd Noh mewakili bekas timbalan perdana menteri itu memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya itu menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

“Anak guam saya mengalami sakit belakang dan leher. Beliau pada asalnya dirawat oleh doktor dari Jerman pada 2013, 2014, 2016.

“Kami membuat permohonan ini untuk membolehkan tertuduh menerima rawatan. Rawatan intervensi di Malaysia tidak mencukupi untuk (mengurangkan kesakitan) beliau,” kata Hamidi.

Permohonan itu difailkan pada 4 Oktober dan hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng yang tidak membantah permohonan itu.

Hakim kemudiannya menetapkan Isnin ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

Sementara itu Hamidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata Ahmad Zahid memohon pasportnya dipulangkan pada 26 Oktober dan akan mengembalikannya pada 21 November.

“Kami akan membuat permohonan yang sama (mendapatkan pasport) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Isnin ini,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 27 kes pengubahan wang haram, 12 membabitkan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. – Bernama, 7 Oktober, 2021.


TAHNIAH

MAHKAMAH

BENARKAN

ZAHID BERUBAT

AMIN

ANAK MURID 

IKUT GURU

KAH KAH KAH

TAPI DIBELAKANG

BERUBAT ADA

PROJEK SPESIAL

KAH KAH KAH

HOSPITAL AKAN

LAMBATKAN 

ZAHID DIHUKUM

AMIN

 INI GAGALKAN

PROJEK SABRI

YANG NAK LAWAN

ZAHID 

 AMIN

JIKA ZAHID TERUS PRESIDEN 

BANYAK MALOAN

 TAK DAPAT 

TANDING 

KAH KAH KAH

 ZAHID TAK

 AKAN BERI

 WATIKAH

 KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

1 ulasan:

  1. Orang berada orang Kaya orang ada jawatan orang ada kuasa lain layan lain special lain segala, kah kah kah, yang tarak apa yang tarak jawatan masuk lokap, masuk penjara walau sekecil mana kesalahan mereka, ini lah kayangan syurga istimewa segala dunia akhirat Amin, biar manusia sedar ada berapa kategori darjat manusia dunia moden, dua saja ada duit satu lagi tarak apa kah kah kah, kata orang anjing pun menyalak pengemis, kah kah kah, yang lemah miskin selalu dikejar dimaki hamun dilayan ngan undang secara tegas...kah kah adil saksama kah kah kan

    BalasPadam