Ahad, 24 Oktober 2021

SABRI 114 SELAMAT

 



Walau bertembung di Melaka, Perikatan tetap sokong Umno, kata Faizal Azumu

PERIKATAN Nasional (PN) tidak akan menarik sokongan di peringkat pusat meskipun kemungkinan berlaku pertembungan dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 Nov ini.

Timbalan Pengerusinya Ahmad Faizal Azumu berkata ini kerana pihaknya masih menaruh kepercayaan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mentadbir negara.

“Tidak terlintas pun di fikiran kami (menarik sokongan) kerana kami lihat kerajaan pada ketika ini sedang belajar berjalan dengan baik dengan usaha yang dipergiatkan melalui gagasan Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan.

“Semuanya berjalan dengan lancar, insya-Allah kami akan teruskan (kerjasama) dan kami mohon agar Allah mempermudahkan segala urusan,” katanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Senamrobik Perdana Peja Trophy 2021 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Lintau di Ipoh, hari ini.

Pada 22 Okt lepas, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu yang menganggotai PN dalam menghadapi PRN Melaka.

PM 114 SELAMAT

KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

SEMUA BERES

KAH KAH KAH

INI GADUH 

TEMPATAN

KAH KAH KAH

BUKAN PERANG 

BESAR

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan