SATU MALAM
DI RANJANG
Pada tahun 1972 ketika aku di Universiti Malaya aku pernah mendengar S. Husin Ali berkata : London is a very lonely place..... Ini pengalaman Syed Husin yang pernah tinggal di London ketika dia menyambung belajar untuk menyediakan thesis Phd nya.
Demi Zeus pada ketika aku mendengar kata-kata Syed Husin itu aku tidak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan lonely. Apakah lonely bermakna terpencil, keseorangan atau bersendirian. Duduk seorang diri dalam bilik – jasad bersendirian – tanpa berkongsi bilik.
Pada hemat aku London kota terbesar dalam dunia – warga kota 10 juta lebih – mustahil menjadi pekan sunyi seperti Kuala Klawang pekan kampung aku.
Bila aku sampai ke Wavre Belgium dalam tahun 1982 aku tidak merasa keseorangan. Tapi aku hanya merasa janggal kerana belum dapat bertutur Bahasa Perancis atau Belanda. Yang aku rasakan ketika itu hanya kerancakan darah muda aku diganggu oleh tembok bahasa. Aku merasa sedang menjalani hidup tidak serancak ketika aku berada di Melbourne Australia.
Ada 10,000 lebih siswa-siswi warga kampus Universite Catholik Louvain-la -Neuve – hanya aku seorang pelajar dari Malaysia. Ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjihad memperkukuh kemudaan aku. Mata aku masih liar melihat Mademoiselle Monique dan Nathalie yang langsing, bergetah dan cun. Untuk aku usaha tangga kekayaan. Bahasa bukan halangan untuk mencari teman sebantal.
Falsafah ini lahir dari pengalaman yang aku kumpulkan. Falsafah ini membuktikan bahawa untuk mencari teman ke ranjang tidak memerlukan kata bual yang banyak.
Ketika di atas ranjang aku bukan menyampaikan kuliah sejarah Perang Vietnam atau membuat drama minggu ini. Justeru aku sentiasa bersendirian tapi tidak pernah merasa keseorangan.
Ini bukan bermakna setiap malam aku di Wavre aku sentiasa berkongsi bantal dan tilam. Ini fakta salah. Banyak juga hari, minggu dan bulan di mana aku tidur di bantal bersendirian sambil mata memandang ke dinding dan siling atap. Tetapi aku tidak pernah kesunyian.
Aku faham kenapa Janina – perempuan Melayu dari Tanjung Tok Kong berani membuat iklan diri untuk mencari jantan di kota London.
Betina mencari jantan untuk merayakan nikmat sex. Keberahian sex adalah pemangkin utama perjalanan hidup manusia. Untuk aku hidup ini wajib diulami oleh petai, kerdas dan jering dan disulami oleh sex.
Panggilan sex dan seruan sex dalam kota London tegak berdiri terpampang dan terkangkang.
Iklan, buku, poster, wayang, kelab, teater – semuanya melaungkan keberahian sex. Warga kota diserang bertalu-talu dengan imej sex. Dalam bas , dalam kereta api, di atas jalan – sex menari-nari dan menggamit di hadapan mata.
Iklan yang terpampang semua bertanya : Bro ... malam ini lu buat apa....’
Malah aku sendiri pun mengambil bahagian untuk menjadi budak jahat menyebar keberahian sex. Aku diajar jadi budak jahat oleh Bobby anak muda Algeria yang bekerja di dapur Garuda Restoran. Ilmu ajaran Bobby ini tidak akan aku lupakan.
Lewat malam – terutama dihujung minggu – satelah restoran ditutup – Bobby dan aku akan duduk di kaki lima depan Garuda. Sebotol Bintang dalam tangan Bobby dan segelas air anggur merah dalam tangan aku.
Kami memerhatikan Madame, Mak Cik, Kakak dan Adik yang lalu lalang di lebuh Shaftesbury Avenue. Mereka mungkin telah selesai makan malam, telah selesai menuntun wayang atau teater. Sedang meleser menikmati London di waktu malam.
Bila Bobby ternampak dua tiga Minah Cun yang berjalan maka Si Bobby ini akan melaungkan ‘ Woit Madam ... how are you going to end up your night... ha ha ha...’ Bobby melaung dalam lorat Perancis.
Aku kemudian ikut mengulangi ayat Bobby dengan kuat. Kemudian kami akan terbarai ketawa. Laungan kami tidak pernah mendapat jawapan. Untuk kami ini ayat romantik, lucu dan menganjing. Sebenarnya Bobby dan aku juga akan pulang kosong hanya bertemu bantal dan kain selimut yang sudah basi.
‘ Macam mana date kamu dengan Christhoper Kelly... jadi ke tak jadi...’ Aku terus bertanya bila saja aku berjumpa Janina di kedai kopi China di Charing Cross Road.
Aku mengangkat tangan memanggil Amoi pelayan. Bila Amoi sampai aku memesan kuih pau kacang merah dan kopi panas. Janina memesan air kacang soya panas.
Kau nak tahu ke...” Janina tersenyum. Senyuman memanjang hingga sampai ke telinga. Pada hemat aku ini tanda berjaya.
‘ How was your night ended madame... ... di rumah dia atau di tempat kamu...’ Aku gelojoh nak tahu.
‘ Cisss... tanyalah aku .... makan apa... ‘ Janina membantah.
‘ Ok... cerita...’ Aku cuba sabar menanti.
‘ Dia ok ... cool... restoran Almalfi tu klasik ... aku minta sup sayur dengan pizza cendawan ... Kelly minta sup bawang dan risoto cendawan... garlic bread ...‘ Janina menerangkan perkara yang aku tidak berminat untuk mendengar dan mengetahui.
Apa yang aku nak tahu ‘ score atau tak score’ . Score ini istilah anak muda bila dapat tidur dengan awek.
‘ Pizzanya best .... masak pakai dapur kayu...’
‘ Woit... buka seluar dalam atau tidak ....... aku tak nak dengar cerita pizza ... cerita sup ekor....’ Secara berseloroh aku mula menunjuk aku dah mula hilang sabar.
‘Kami dah jumpa dua kali... belum ada apa apa lagi... hujung minggu aku ada satu lagi date.....’ Janina menerangkan.
‘ Dengan yang mana ..... ada gambar ..’
Amoi sampai membawa pesanan kami.
‘ Ini spesial.... date spesial...single party ... ada syarikat uruskan soiree dalam satu hotel yang ditempah khas... kena bayar kalau nak join ini.... ujung minggu ni...aku akan pergi...’ Maklumat baru dari Janina.
‘ Ini apa ni... iklan dalam Time Out ke?...’
‘ Ini dari akhbar The Guardian...’ Janina memberitahu.
Bila aku dengar akhbar The Gurdian aku merasa lega. Kerana aku sendiri melanggan akhbar ini. Garis politiknya sosial demokrat – garis kiri liberal yang tidak radikal.
Warga London ada membuat pantun tentang pembaca yang melanggan The Guardian ini :
Lentil eating
Wine drinking
London living
Labour voting
Guardian reading
Kebanyakan pembaca The Guardian ini vegeterian, vegan, ramai tinggal di London dan rata-rata menjadi penyokong dan pengundi Parti Buruh.
‘ Jadi semua yang datang nanti pembaca Guardian...’ Aku meminta kepastian.
Ketika ini baru aku sedar apa yang telah dilafazkan oleh Syed Husin pada aku tahun 1972 dahulu – London is a very lonely place.
Aku merasa agak terperanjat dan juga tersenyum apabila mendapat tahu tentang wujudnya syarikat yang menjalankan perniagaan untuk mempertemukan jantan dengan betina. Ini bukan perniagaan rumah merah seperti di Lorong Haji Taib. Pertemuan ini dianggap lebih sopan dan ada kelas.
Aku terfikir dan bertanya kenapa dalam keramaian ini masih ada yang keseorangan. London sentiasa penuh dengan makhluk. Mereka berjalan berasak-asak di jalan raya atau duduk berhimpit-himpit sebelah nyebelah dalam tube . Sayangnya mereka tidak bertegur sapa untuk kenal mengenali.
Badan berasak-asak raba meraba. Pergi tersepak pulang terlanggar. Tapi tidak pernah bertegur sapa. Kalau terlanggar hanya berkata ‘ I’m sorry.’ Tidak lebih.
Awas! Jangan cuba menegur sosok yang tidak dikenali. Menegur sosok yang tidak dikenali dianggap perangi ganjil lagi salah. Dan mungkin dianggap gila. Silap-silap boleh ditangkap polis – mengganggu orang ramai.
Aku ingat lagi Emak dan Abah aku datang melawat aku kali pertama musim panas tahun 1983 – satelah 10 tahun aku menghilangkan diri. Ketika itu aku duduk di Wavre. Aku sambut emak dan abah aku di London. Kami menumpang rumah Yunus Ali di Stratford E17.
Satu pagi ketika kami sekeluarga di stesen Stratford aku nampak ramai anak-anak muda Mat dan Minah Salleh. Minah Salleh memakai baju kurang kain yang menampakkan tubuh badan mereka untuk menyambut Sang Suria.
Emak dan abah aku memerhatikan perangai jantan betina anak-anak Mat Salleh. Mereka kucup mengucup. Peluk memeluk. Cium bercium. Ada betina duduk atas riba jantan. Ada jantan duduk atas riba betina. Mereka bergonjeng gembira dalam perjalanan hendak masuk ke pusat kota London.
‘ Sam.... budak budak ni... dopan kito ni ... dah kahwin ko bolum...’ Soalan hakiki dari emak aku seorang guru pencen.
‘ Eeheh... Mak .. mak ooi... jangan jangan... di sini pekara-pekara macam ini orang tak tanya.... ini bukan hal kita...’ Aku memberi jawapan ringkas. Tetapi dalam masa yang sama aku faham apa yang menimbulkan soalan - dah kahwin atau belum ini.
Aku juga sedar apa yang sedang berlaku di hadapan mata Zaleha binti Sidek dan Rais bin Manaf satu yang menakjubkan.
Aku rasa Emak dan Abah aku tidak pernah melihat orang bercium secara terbuka. Jauh sekali kecupan yang lama. Aku rasa Mak aku bukan nak jaga tepi kain orang tapi ada naluri ingin nak tahu apa yang berlaku di hadapan mata.
Aku menggamit Amoi pelayan.
‘ Mungkin ada yang lain.... yang bukan pembaca Guardian...’ Janina berkata dengan harapan ‘ soiree ‘ hujung minggu ini dia akan dapat bertemu jantan yang lebih ramai.
‘ Pasang laaa jala betul betul... jangan bawa jala koyak... semua ikan lepas lari....’ Aku ketawa memberi kata-kata metafora akhir untuk petang itu.
Amoi pelayan datang. Aku membayar bil dan kami terus berundur. Aku menapak pulang ke tempat kerja.
Ketika menapak pulang aku terfikir dan memahami pengalaman Janina ini. Janina bukan pencari ONS – one night stand – hanya satu malam di ranjang. Aku yakin kawan aku Janina sedang mencari LTR – long terms relationship. Mencari bakal teman hidup.
Janina bukan macam aku. Aku lain. Aku ini binatang jalang. Dari kumpulan terbuang. Setiap kali aku ternampak Minah Cun aku akan memasang jala.
Pernah di satu musim panas ketika London dipenuhi oleh pelancong dari seluruh dunia - dua pelancong Amerika telah datang ke Garuda. Seorang Minah Salleh dan seorang Minah Jepun warga Amerika dari San Francisco.
Aku rasa umur mereka baru nak masuk tiga puluhan. Masih cun , bergetah dan mengancam.
Entah dari kitab mana aku pernah terbaca cara-cara mengayat perempuan. Rukun pertama yang wajib dipatuhi jika ingin berjaya mengayat perempuan : jangan sesekali tanya umur mereka. Pandang tubuh badan dan agak-agak sahaja umur si Minah itu. Mengikut ajaran kitab ini bab umur ini amat sensitif untuk perempuan.
Malam itu ketika menghidangkan makanan ke meja pelancong Amerika ini kejantanan aku tergoda. Mungkin kerana aku telah banyak makan sotong menjadikan testosteron aku melimpah. Aku tak tahu kenapa Minah Jepun menjadi tarikan. Mungkin Minah Salleh berambut blonde telah tidak menggelorakan testosteron aku.
Mungkin dah selalu minum Earl Grey English Tea maka aku nak bertukar selera merasa Green Tea dari Jepun.
‘ Where ... you people staying ..’ Aku bertanya sambil memberi senyum.
‘ Near Russell Square...lodging house... ‘
‘ That’s near SOAS – University of London ... I’m member of their library.... not far from here...’ Aku mula menjual diri. Aku sengaja mengumumkan bahawa aku juga kaki baca buku.
SOAS - School of Oriental and African Studies ini aku tahu. Memang benar aku menjadi ahli library SOAS. Ini kerana di London hanya library SOAS yang melanggan majalah mingguan ERA yang terbit di Kuala Lumpur. Majalah Era dikendalikan oleh sasterawan Baha Zain. Aku pula menjadi penyumbang tulisan dari Eropah.
Esoknya ketika masa rehat aku pergi ke mencari rumah tumpangan di Russell Square. Dua Minah Amerika tak ada di bilik. Aku tinggalkan nota kecil dan mempelawa mereka datang sekali lagi ke Garuda.
Ha Ha. Malam itu jala aku terlekat. Minah Jepun – Ichika datang bersendirian.
‘ Where is your partner... ‘ Aku bertanya dengan penuh kesyukuran.
‘ She need a rest.. too tired tonight...’ Ini jawapan yang aku tafsiran sebagai kerdas muda yang tersedia untuk dijadikan ulam.
Satelah Garuda ditutup aku dan Ichika menapak ke Madam Jojo di Soho untuk mendengar muzik. Air anggur melimpahkan lagi testosteron aku. Bukan muzik yang aku dengar tapi tangan aku merayap merayau mencari butang seluar Levis 501.
Akhirnya kami mengambil teksi dan pulang ke 44 New Mill House Bromley -by - Bow. Malam itu bukan Jepun melanggar Tanah Melayu tapi Tanah Melayu melanggar Jepun.
Esoknya aku lepas minum pagi aku hantar Ichika ke stesen kereta api bawah tanah Bromley-by Bow.
‘ Bye bye.... see you when I see you.’ Satu kucupkan untuk selamat jalan. Nasib baik Cik Gu Zaleha dan Rais Manaf tidak ada di stesen.
Inilah dinamakan ONS – one night stand. Tidak ada dakwa dakwi. Tak ada janji janji. Inilah pertemuan jantan mencari betina dan betina mencari jantan . (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARLAN DALAM PORTAL
MALYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/10/13/satu-malam-di-ranjang/
Kota london pasti akan lebih indah kalau ada budaya dalam tube kalau terlanggar terus cakap, ‘maafkan saya sebab terlanggar, boleh saya seterusnya pegang cipap awak?’. Dalam nat geogrfic aritu ada tengok kat jepun dorang simpan hutan tebal. Nengokkan cara nak kene belek belek sket ntah la.. pertemuan dua orang asia dari dua negara berbeza, tak ada sekatan bahasa tak ada cinta tak ada rasa kekok hanya bahasa badan berbicara dalam nada berahi.. Oh lurah dendam kesumat akhirnya engkau ku takluk…
BalasPadamPhD. di perolehi melalui tesis ..nulis tesis melalui PhD ngambil masa yg panjang dan berseorangan dan LONELY ..lain lah coursework, yg perlu hadiri kelas, dlm coursework tu lu boley jumpa mcm2 awek, gurau2 nasib baik lu dapat entot. Bila dapat PhD lu di gelar "dog" atau Dr. Cantiknye di Malaya ni orang bangang pon boley dapat PhD, ..ingat tak Dr Fadlee, Dr Boy Iman, Dr Vida kahkahkah ..Dr Zahid ..Dr Persuratan lain kita tau jasa dan pemikiran mereka ..kata lah tetiba ada Dr Rosmah ..
BalasPadamGwa pirnah baca buku El-Arqam karangan bekas Arqam ..antara bab nye nyeritakan aktiviti sex mereka, pompuan di perlakukan mcm ternakan utk sex. Dan apa yang di alami oleh masarakat London dan TT tu lebih sopan dan lebih menghormati kaum wanita ..tu sebab Al-Pacino menghormati wanita hingga memberi taraf capap wanita yg di cintai setaraf surga.
BalasPadam