Sila melompat ke bumi lain, jangan buat kerosakan di sini – Hadi
KUALA LUMPUR – Islam ialah ketetapan Allah manakala manusia dan hak asasinya mengikut sempadan kejadiannya tanpa melampaui batas yang ditetapkan.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, Allah menetapkan manusia dengan tugas untuk beribadat seperti para malaikat dan juga tugas untuk memakmurkan bumi dengan menguruskan makhluk lain dengan kemampuan akal dan ilmu.
“Ia termasuklah juga kemampuan jasad secara individu dan kolektif dengan bermasyarakat.
“Justeru, hak asasi manusia adalah berkonsepkan peranan dan hikmah mereka diciptakan oleh Allah,” katanya menerusi Minda Presiden Pas pada hantaran di Facebooknya hari ini.
Menerusi tulisannya yang bertajuk Islam dan Hak Asasi Manusia, Abdul Hadi berkata, masalah yang wujud adalah dalam kalangan manusia itu sendiri yang menjadi makhluk perosak yang meminda ketetapan Allah.
belum dapat ilham....ilham belum datang dalam mimpi.....sejak dua menjak ni asyik mimpi golain
BalasPadamDia tu tak habis dengan retorik semburan lendirnya.
BalasPadam